Kerajaan bakal tampung subsidi minyak, minyak masak sehingga RM8 bilion tahun ini- Tengku ZafruL

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

KUALA LUMPUR 12 Jun – Kerajaan bakal menampung subsidi minyak dan minyak masak sehingga RM8 bilion, iaitu RM4.22 bilion lebih tinggi daripada RM3.78 bilion yang diperuntukkan bagi tahun ini.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata kerajaan, telah membelanjakan sebanyak RM6.32 bilion bagi subsidi minyak dan minyak masak pada 2019 dan RM2.16 bilion pada 2020.

Menurutnya, peruntukan yang lebih tinggi itu bagi tahun ini adalah berikutan peningkatan harga pasaran global semasa.

Tengku Zafrul berkata, susulan peningkatan harga komoditi di peringkat global, subsidi kerajaan bagi produk petroleum petrol RON95, diesel dan liquified petroleum gas (LPG) serta minyak masak bersubsidi dijangka meningkat dengan mendadak.

MENTERI Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Foto Facebook Tengku Fazrul

“Kerajaan bersedia menanggung perbelanjaan subsidi yang lebih tinggi ini bagi memelihara kesejahteraan rakyat dan kelangsungan perniagaan, terutamanya peniaga-peniaga kecil,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata kerajaan akan terus membantu rakyat melalui pelbagai langkah termasuk meneruskan subsidi minyak dan minyak masak dalam membantu mengurangkan kesan kenaikan harga komoditi di peringkat global ke atas kos sara hidup rakyat.

Menurutnya, kerajaan tetap meneruskan dasar pengekalan harga bagi barang-barang runcit iaitu RM2.05 per liter bagi Petrol RON95 yang telah dikekalkan sejak 10 Februari, dan RM2.15 per liter bagi Diesel sejak 10 Februari.

Manakala harga gas petroleum cecair LPG dikekalkan pada RM1.90 sekilogram sejak Jun 2015, dan minyak masak bersubsidi pula bernilai RM2.50 pek sekilogram semenjak 1997,” katanya.

Beliau menambah pelbagai langkah Belanjawan dan inisiatif yang ditambah baik melalui PERMAI, PEMERKASA dan PEMERKASA Tambahan akan terus disalurkan sekurang-kurangnya sehingga Disember 2021.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

598
Kongsi :
Previous post Polis buru remaja lelaki 17 tahun terbabit kes samun
Next post Kempen Stay Safe & Win SSPN-I 2021, tawar hadiah hampir RM240,000
Ubah saiz-+=