
Kerajaan bincang cadangan pemberian moratorium kepada PKS
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perbincangan itu akan melibatkan Kementerian Kewangan dan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.
“Kita bincang. Saya tak boleh jawab macam itu sahaja. Kita akan bincang dengan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Menteri Kewangan,” katanya selepas majlis pelancaran Dasar Bioteknologi Negara 2.0 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS terutama mereka yang masih bergelut untuk pulih semasa pasca COVID-19.
Muhyiddin sebelum ini mencadangkan pemberian moratorium kepada PKS memandangkan sektor itu belum pulih sepenuhnya dan ditambah dengan peningkatan Kadar Dasar Semalaman (OPR). – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
IKHTIAR TOK HAMEED AKHIRI EPISOD BANJIR DI AYER LIMAU
AYER LIMAU 4 Oktober - Sebanyak 11 lintasan pembetung (crossing culvert) di jajaran terusan sungai atau tali air di Kampung...
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
