
Kerajaan komited hidupkan prinsip masyarakat Madani menerusi media yang adil dan berfakta
KUALA LUMPUR, 3 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi komitmen dan tekad jelas Kerajaan Perpaduan untuk menghidupkan prinsip masyarakat madani menerusi media yang adil dan berfakta.
Beliau berkata demikian menerusi ciapan di Twitter sebagai mengulas laporan Reporters Without Borders (RSF) yang memaklumkan Malaysia yang kini berada di tangga ke-73 Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 berbanding tangga ke-133 tahun lepas.
Kedudukan Malaysia itu meningkat 40 anak tangga dengan mencatat 62.83 mata berbanding tahun sebelumnya pada kedudukan 113 dengan 51.55 mata.
Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia turut menduduki kedudukan tertinggi, diikuti Thailand di kedudukan ke-106, Indonesia (108), Singapura (129), Filipina (132), Brunei (142), Kemboja (147), Laos (160), Myanmar (173) dan Vietnam (178).
Justeru, Perdana Menteri menerusi ciapan itu turut berharap media terus berkarya dan menjunjung prinsip-prinsip demokrasi.
Indeks berkenaan yang disiarkan di laman sesawang RSF, bertujuan membandingkan tahap kebebasan pengamal media di 180 negara dan wilayah seluruh dunia.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UMPAN RM5 DAN MI GORENG, WARGA EMAS DITAHAN BANTU SIASATAN KES CABUL
AYER KEROH 25 Jun – Seorang lelaki warga emas berusia 73 tahun ditahan selepas dipercayai mencabul dua kanak-kanak perempuan berusia...
MAYAT LELAKI DITEMUKAN DI LEBUHRAYA PLUS, POLIS SIASAT PUNCA KEMATIAN
AYER KEROH 25 Jun – Polis masih menyiasat penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan separuh bogel di Kilometer 198 Lebuhraya...
JELAJAH KETUA MENTERI: SELESAI ISU RAKYAT SECARA TERUS DI LAPANGAN
BEMBAN 25 Jun - Program Jelajah Ketua Menteri bermula 5 Julai depan mampu meningkatkan lagi tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan Kerajaan...
POLIS MELAKA TUMPASKAN SINDIKET ANTARABANGSA TAWAR PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD
AYER KEROH 25 Jun – Polis Melaka menumpaskan sindiket pelaburan saham tidak wujud yang menyasarkan mangsa di Korea dan China...
TAMAN REKREASI ANJUNG GAPAM DESTINASI RIADAH BAHARU MPHTJ
BEMBAN 25 Jun - Taman Rekreasi Anjung Gapam diserahkan secara rasmi oleh pihak pemaju kepada Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
NORLINA BERSYUKUR MAIM SENTIASA MEMBANTU
TELOK MAS 25 Jun – Ujian kehilangan anak, pemergian suami serta keperluan menjalani rawatan dialisis tidak mematahkan semangat Norlina Abdullah...
