Keris Sapukal iringi laungan kemerdekaan di Banda hilir

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

BANDA HILIR 30 Januari – Menjadi lambang kemegahan kepahlawanan Melayu, namun sebilah Keris Sepukal dijulang Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ketika mengisytiharkan kemerdekaan negara pada tanggal 20 Februari 1956 jarang mendapat perhatian.

Pastinya pandangan di Padang Banda Hilir yang kini dikenali Dataran Pahlawan pada tarikh berkenaan lebih terarah kepada kereta Nash Rambler Custom Airflyte bernombor pendaftaran M 4442 dinaiki Tunku Abdul Rahman.

Berdasarkan takrifan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Keris Sepukal adalah bermaksud sebilah keris yang lurus bilahnya.

Whatsapp Image 2024 01 28 At 16.45.02

Sehingga ke hari ini keris berkenaan dianggap yang sebagai khazanah negara masih tersimpan rapi dan dipamerkan di Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir.

Selain keris, turut dipamerkan set pakaian yang dikenakan Tunku Abdul Rahman ketika tarikh kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Turut dipamerkan di muzium sama ialah Keris ‘Hang Tuah’ iaitu hadiah daripada Kaum Ibu UMNO ketika rombongan Tunku Abdul Rahman, tiba di Banda Hilir.

Whatsapp Image 2024 01 28 At 16.44.37
SUASANA detik bersejarah yang digambarkan berlaku di hadapan bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Banda Hilir.

Bagi orang ramai yang ingin tahu lebih lanjut mengenai kronologi bermula daripada kemerdekaan negara hingga pembentukan Malaysia dan sistem politik, Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan adalah lokasi yang tepat bagi tujuan itu.

Jika berkunjung ke Melaka amat rugi jika tidak singgah ke Bangunan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9 pagi hingga 5 petang.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

590
Kongsi :
Previous post Tasik Ayer Keroh jadi ‘port’ karavan, riadah
Next post Jangan berpesta lepas tamat SPM
Ubah saiz-+=