
Kes COVID-19 global lepasi 60 juta
Universiti yang berpusat di Amerika Syarikat (AS) itu telah merekodkan 60,186,902 jangkitan dan 1,417,319 kematian sejak virus itu pertama kali dilaporkan di bandar Wuhan, China pada Disember.
AS terus menjadi negara paling teruk dijangkiti, dengan lebih 261,000 kematian dan lebih 12.7 juta kes, diikuti India (9.2 juta kes), Brazil (6.1 juta kes) dan Perancis (2.2 juta kes).
Sejumlah 38.4 juta orang di seluruh dunia telah sembuh.
Lebih 100 vaksin COVID-19 yang dibangunkan kini berada pada tahap perkembangan yang berbeza. Pengeluar ubat AS, Pfizer dan syarikat bioteknologi Jerman BioNTech minggu lalu mengatakan vaksin COVID-19 mereka 95 peratus berkesan, berbanding anggaran sebelum ini iaitu 90 peratus.
Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas sebuah lagi syarikat ubat AS, Moderna mengatakan vaksin mereka 94.5 peratus berkesan.
Melihat kepada perkembangan semasa, harapan untuk vaksin COVID-19 semakin cerah, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.
“Kini harapan semakin nyata vaksin, bersama dengan langkah-langkah kesihatan awam yang telah dicuba dan diuji, akan membantu mengakhiri pandemik,” kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Ghebreyesus.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
11.2 JUTA PELANCONG KE MELAKA SETAKAT OGOS, JANA EKONOMI RM11.32 BILION
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka merekodkan kehadiran lebih 11.2 juta pelancong sehingga Ogos 2026, dengan anggaran sumbangan sebanyak RM11.32...
MELAKA TEROKA PELANCONGAN SUKAN, SASAR ACARA BERTARAF DUNIA
BANDA HILIR 3 Oktober - Melaka sedang meneroka pelancongan sukan sebagai produk baharu bagi menarik lebih ramai pelancong menerusi penganjuran...
