Kestabilan politik tunjang kemajuan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI BENDAHARA 22 Mac – Kestabilan politik di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mampu memacu Melaka ke arah era baharu terutama dalam aspek kemajuan dan kemakmuran negeri.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong berkata kestabilan politik itu dapat dilihat menerusi kebersamaan di bawah pentadbiran beliau di negeri ini menerusi Kerajaan Perpaduan yang dibentuk.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klebang yakin, dengan kestabilan berkenaan ia mampu membawa Melaka sebagai sebuah negeri yang diyakini pelabur untuk mewajah Melaka dengan pelbagai pembaharuan yang dilaksanakan.

“Dengan pelbagai perancangan pembangunan ekonomi di Melaka seperti pembangunan Kawasan Ekonomi Pesisir Pantai (SMWEZ) serta pelbagai lagi mempu menarik lebih ramai pelabur asing dan domestik yang membawa pelaburan berkualiti tinggi sekali gus membuka pelbagai peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat.

“Pembangunan ini dapat direalisasikan menerusi kestabilan politik yang ada di Melaka dan ini merupakan elemen penting dan tonggak utama kepada kesejahteraan dan kemakmuran Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Moreh Bersama Pemimpin Kerajaan Perpaduan Negeri Melaka di kediaman Ketua Menteri di Seri Bendahara, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh; Pengerusi Pakatan Harapan negeri, Adly Zahari; Pengerusi MCA negeri, Datuk Lim Ban Hong; Pengerusi MIC Negeri Melaka, VP Shanmugam; Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri, Mohd Rafee Ibrahim; Pengerusi Parti Amanah negeri, Datuk Ashraf Mukhlis Minghat serta tetamu lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

165
Kongsi :
Previous post Kerajaan Melaka berada pada landasan tepat – Adly
Next post Dua MoU pembangunan German Technology Park
Ubah saiz-+=