Sorting by

×

Keterjaminan makanan Melaka satu keutamaan – KM

Masa Membaca:59 Saat

KUALA LINGGI 11 MAC – Keterjaminan makanan khusus di Negeri Melaka menjadi keutamaan bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Berikutan itu permasalahan seperti kestabilan harga hasil ladang, harga input pertanian semakin meningkat, latihan dan tenaga kerja yang menekan petani perlu diselesaikan serta diberikan perhatian segera oleh kerajaan.

Serius untuk menangani permasalahan itu dan mahu membantu petani menikmati pulangan setimpal dengan apa yang diusahakan, Sulaiman mahu jabatan serta agensi berkenaan memberikan perhatian terhadap perkara disuarakan.

“Laksanakan penguatkuasaan kerana yang terkesan bukan sahaja petani dan usahawan kecil tetapi rakyat di luar sana yang terpaksa membayar harga lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penyerahan Tapak Pusat Pengumpulan Hasil Ladang (PPHL) Kuala Sungai Baru Koperasi Usahawantani Alor Gajah Melaka Berhad (KUABG), di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Abdul Razak bin Abdul Rahman; Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Badaruddin Mohd Kassim; Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Linggi Rosli Abdullah.

Turut hadir Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Melaka, Mohd Firdaus Shaari dan Pengerusi KUAGB Ahmad Fairus Muhamad.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1299
Kongsi :
Previous post Anak OKU perlu dilayan sama rata
Next post Koperasi bantu petani berkembang
Ubah saiz-+=