
“Kita tidak pertikai kuasa TYT” – PH Melaka
BUKIT KATIL 7 Okt – Pakatan Harapan (PH) Melaka menegaskan langkah membawa isu pembubaran Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14 ke mahkamah bukanlah mahu mempertikai kuasa Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.
Pengerusinya, Adly Zahari yang juga Naib Presiden Amanah berkata, sebaliknya proses itu dilakukan hanyalah untuk memastikan pihak berkaitan dapat membuat semakan dan fakta.
Jelasnya, ia termasuk mengambil kira representasi semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam menentukan keputusan pembubaran DUN.
“Seperti kita semua sedia maklum dalam keadaan sekarang keputusan melaksanakan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan memberi risiko terhadap kesihatan rakyat, manakala pengisytiharan darurat akan menyebabkan kuasa terhad kepada negeri, di samping memberi kesan negatif terhadap ekonomi dan pelaburan.
“Adalah diharapkan langkah ini boleh membantu menstabilkan semula politik Melaka tanpa perlu mengadakan PRN,” katanya dalam satu kenyataan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
‘KUIH BANTAL, LEPAS MAKAN TERUS RASA NAK TIDUR’
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Bagi mereka baru pertama kali menjamah kuih bantal, pasti menyangka nama yang unik itu adalah...
BUKAN SEKADAR ILMU, MAIM BANTU ANAK ASNAF BINA JARINGAN MASA DEPAN
BUKIT KATIL 16 Oktober - Peluang membina jaringan kenalan baharu menjadi antara manfaat yang ingin diketengahkan menerusi Himpunan Bitara Majlis...
TOK RAUF TUNAI SOLAT JUMAAT DI MASJID JAMEK TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek Tanjung...
JEREBU UJI ‘ABANG RIDER’, PITSTOP JADI TEMPAT BERLINDUNG
BANDARAYA MELAKA 16 Oktober - Ketika jerebu mengaburkan pandangan dan menjejaskan keselesaan, penunggangΒ p-hailing tetap perlu berada di jalan raya demi...
TOK RAUF KERAP TURUN PADANG, PASTIKAN BALAI NELAYAN SIAP IKUT JADUAL
TANJUNG BIDARA 16 Oktober - Perkembangan projek balai nelayan baharu Pasir Gembur, Tanjung Bidara, Masjid Tanah, sentiasa dipantau oleh Ketua...
MeSRa: MELAKA PASTIKAN KEMUDAHAN AWAM SELESA, PACU TENAGA MASA DEPAN
AYER KEROH 15 Oktober - Daripada penyediaan ruang rehat khusus untuk pekerja p-hailing hingga pembangunan ladang solar terapung berskala mega,...

