
KLIP tolak hasrat kapal Rusia untuk berlabuh – MOT
KUALA LUMPUR 2 Mac – Pengendali Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) telah menolak hasrat sebuah kapal yang membawa bekalan minyak mentah dari Rusia yang kini dalam pelayaran ke Malaysia untuk berlabuh di pelabuhan itu.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan menolak hasrat kapal itu yang dijangka berlabuh pada Sabtu (5 Mac) dibuat supaya tidak melanggar sebarang sekatan antarabangsa sebagaimana yang menjadi prerogatif KLIP.
“Memetik laporan media, kapal yang didaftarkan dengan nama Linda atau dikenali sebagai Lady M ini didakwa turut disenaraikan dalam sekatan antarabangsa.
MOT akan terus memantau situasi dari semasa ke semasa untuk tindakan susulan yang mungkin diambil bersandarkan kepada dasar kerajaan,” menurut kenyataan itu. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
RINGANKAN BEBAN PESAKIT TERLANTAR, MELAKA SALUR HAMPIR RM11 JUTA
SERI NEGERI 13 Julai - Hampir RM11 juta disalurkan Kerajaan Negeri bagi meringankan beban kewangan keluarga dan pesakit terlantar setakat...
MELAKA REKOD LEBIH 15,000 PENUMPANG UDARA SETAKAT JUN
SERI NEGERI 13 Julai - Melaka merekodkan seramai 15,488 ketibaan penumpang dari dalam dan luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa...
MELAKA SASAR 700,000 PELANCONG INDONESIA SEPANJANG 2026
SERI NEGERI 13 Julai - Melaka menyasarkan peningkatan sehingga 30 peratus atau 700,000 orang pelancong dari Indonesia sepanjang 2026 susulan...
MELAKA BERPOTENSI JADI HAB PENERBANGAN TAMBANG MURAH SERANTAU
SERI NEGERI 13 Julai – Melaka berpotensi menjadi hab penerbangan tambang murah (LCC) serantau Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam...
MELAKA PERUNTUK RM340,000 SEDIA BANTUAN KATIL PESAKIT TERLANTAR
SERI NEGERI 13 Julai - Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka memperuntukkan sebanyak RM340,000 bagi penyediaan kemudahan...
LEBIH 80 OPERASI HAIWAN BERKELIARAN DILAKSANA PBT
SERI NEGERI 13 Julai - Kerajaan Negeri memperhebatkan usaha menangani isu haiwan ternakan berkeliaran apabila lebih 80 operasi penguatkuasaan telaj...

