
Kluster Dialisis Masjid Tanah, kluster terbaru di Melaka
AYER KEROH 9 Feb. – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) mengesan kluster baharu iaitu Kluster Dialisis Masjid Tanah menjadikan 18 kluster aktif di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah Negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, kluster itu melibatkan pesakit dan
pekerja Pusat Dialisis di Masjid Tanah.
“Ini merupakan kes indeks dari kes Pusat Kesihatan Daerah (PKD), bagaimanapun siasatan dan kawalan sedang dijalankan dengan terperinci.
“Seramai 100 kontak rapat telah disaring, daripada jumlah itu 22 individu didapati positif manakala 78 individu negatif,” katanya kepada MHI.
Jelasnya, bagi perincian kes hari ini, sebanyak 203 kes positif telah direkodkan.
“Daripada jumlah itu, 173 kes tempatan, tiga kes import dan 27 kes banduan Orang Kena Tahan (OKT) atau pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Setakat hari ini 1,780 kes sedang dirawat termasuk 10 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan kes menggunakan bantuan alat pernafasan,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
DARI KANDANG HINGGA LANDSKAP, ZOO MELAKA AKAN DICERIAKAN
AYER KEROH 4 Oktober - Zoo Melaka bakal menerima sentuhan warga Kerajaan Negeri menerusi Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Ketua...
LEBIH 1,000 ANAK MELAKA DAPAT MANFAAT KURSUS KAHWIN PERCUMA
AYER KEROH 4 Oktober - Seramai 1,002 bakal pengantin di Melaka mendapat manfaat Kursus Kahwin Percuma anjuran Majlis Agama Islam...
RM300,000 NAIK TARAF PADANG TAMAN DATUK SETIA
AYER LIMAU 4 Oktober - Penduduk Taman Datuk Setia kini boleh menikmati kemudahan riadah yang lebih selesa apabila padang awam...
TOK RAUF SUBURKAN PROGRAM AGAMA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 4 Oktober - Sokongan berterusan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terhadap pelbagai program keagamaan di...
MESRA KERAJAAN TEMPATAN: 3,882 PETAK PARKIR PERCUMA DI JASIN
AYER KEROH 4 Oktober - Pendekatan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kerajaan Tempatan bukan sahaja merangkumi usaha berterusan meningkatkan kemudahan untuk...
MeSRa MAHASISWA SUNTIK SEMANGAT ANAK MELAKA KE IPT
SERI NEGERI 3 Oktober - Inisiatif Kerajaan Negeri di bawah gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Mahasiswa memberi suntikan semangat kepada...
