KPDNHEP Melaka keluarkan dua notis susulan kenaikan harga makanan

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 13 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengeluarkan dua notis dibawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga Anti Percatutan 2011 terhadap penguasaha dua buah restoran susulan aduan mengenai caj harga makanan ‘tidak masuk akal’ semalam.

Pengarahnya Norena Jaafar berkata, notis bertulis itu perlu dijawab oleh peniaga atau pemilik dalam tempoh tujuh hari dan sekiranya gagal tindakan boleh dikenakan.

“Semalam kita menerima aduan daripada pengguna mengenai dakwaan caj harga dikenakan agak tinggi untuk sarapan pagi dan susulan itu operasi mengejut dijalankan oleh sepasukan enam penguat kuasa.

“Beberapa restoran sekitar Ayer Keroh diperiksa dan hasilnya dua premis diberi notis selepas didapati ada berlakunya kenaikan harga,” katanya.

Menurutnya, semakan dilakukan mendapati sebuah daripada restoran diperiksa sebelum ini sudah beberapa kali menaikkan harga dan pernah dikenakan kompaun.

“Memang diakui terdapat kenaikan untuk beberapa kos bahan mentah tetapi dalam sekitar 10 hingga 50 sen, namun kenaikan yang berlaku untuk harga makanan naik hingga RM2 hingga RM3.

“Kita kesan ada peniaga yang cuba nasib untuk menaikkan harga,” katanya.

Menurut Norena, KPDNHEP memandang serius tindakan peniaga yang sengaja mengenakan harga makanan mahal.

“Kita tidak mahu perkara ini jadi isu kerana sektor pelancongan baru buka dan pelancong mula datang ke Melaka jangan disebabkan ini pelancong tidak mahu ke negeri ini.

“Malah kita juga tidak mahu ada yang cuba mengambil kesempatan sebalik kesusahan dan kepayahan pihak lain kerana sepanjang pandemik COVID-19 lalu banyak pihak yang terkesan,” katanya.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1399
Kongsi :

One thought on “KPDNHEP Melaka keluarkan dua notis susulan kenaikan harga makanan

Comments are closed.

Previous post Banjir: 4,000 penduduk terputus hubungan ekoran jambatan runtuh di Kota Belud
Next post Hentikan jadi batu api perpecahan UMNO – Pemuda UMNO Melaka
Ubah saiz-+=