
KPDNHEP Melaka rampas barangan jenama mewah tiruan
MELAKA 4 Jun — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka merampas 441 jenis pakaian dan aksesori tiruan pelbagai jenama mewah dalam serbuan di sebuah premis di sini, semalam.
Pengarahnya Norena Jaafar berkata sepasukan penguat kuasa KPDNHEP melakukan serbuan pada 12.12 tengah hari di premis yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir itu susulan aduan mengenai penjualan barangan tiruan di premis terbabit.
Beliau berkata premis itu didapati menjual pelbagai jenis pakaian dan aksesori tiruan menggunakan cap dagangan jenama Hermes, Christian Dior, Kenzo, Givenchy dan Chanel bernilai lebih RM143,000.
“Hasil pemeriksaan mendapati pakaian tiruan itu dijual pada harga yang sama mahal seperti barangan tulen …mencecah harga ribuan ringgit,” katanya pada sidang media di Stor KPDNHEP di Krubong, di sini, hari ini.
Norena berkata, pihaknya turut menahan seorang individu berusia 34 tahun yang dipercayai penyelia premis terbabit dan direman tiga hari bermula hari ini untuk siasatan manakala pemilik premis berkenaan sedang dikenal pasti.
Katanya premis itu juga diarah tutup dan menurutnya premis berkenaan pernah diserbu awal tahun ini atas kesalahan yang sama.
— BERNAMA
Views:
Related
Berita Lain
WRUR PAYA RUMPUT: BUAH-BUAHAN TEMPATAN SEMAI SEMANGAT PERPADUAN SI CILIK
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kira-kira 30 Tabika dan Tadika Perpaduan di bawah Daerah Melaka Tengah berhimpun dalam suasana penuh...
‘HEBAT’ JAMBATAN BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
PAYA RUMPUT 28 Julai - Program Hari Exco Bertemu Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) terus membuktikan peranannya sebagai jambatan antara rakyat...
MELAKA REKOD 30,000 BEG DARAH SETAHUN
AYER KEROH 28 Julai - Sebanyak 29,000 hingga 30,000 beg darah berjaya dikumpulkan di Negeri Melaka setiap tahun, sekali gus...
ABSTRAKSI AIR BAWAH TANAH SELESAI ISU TKPM MENGGONG
PAYA RUMPUT 28 Julai - Masalah kekurangan bekalan air yang menjejaskan tanaman di Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Menggong, Alor...
MELAKA NEGERI PERTAMA LAKSANA INISIATIF TIANG FIBER GUNA SAMA
TABOH NANING 28 Julai - Melaka menjadi negeri pertama melaksanakan inisiatif Tiang Fiber Guna Sama yang membolehkan pelbagai penyedia perkhidmatan...
‘JIWA BESAR TOK RAUF BUAT KAMI RASA TIDAK TERSISIH’
PAYA RUMPUT 28 Julai - Kehadiran kepimpinan tertinggi Kerajaan Negeri ke Kampung Bukit Datuk B atau lebih dikenali sebagai Kampung...


