KRT rujukan sosial komuniti setempat

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 Disember – Semua Kawasan Rukun Tetangga (KRT) disaran agar menyahut cabaran Kerajaan Negeri dengan menjadi ‘Penggerak Masyarakat Progresif’, sekali gus mengukuhkan ekosistem perpaduan negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi menyokong usaha itu setiap KRT perlu mengutamakan tiga teras Perpaduan Malaysia MADANI iaitu patriotisme dan demokrasi, identiti nasional serta ekosistem perpaduan.

“KRT kini berperanan sebagai rujukan sosial yang menyediakan perkhidmatan dan penyebaran maklumat selain memupuk perpaduan dalam komuniti setempat.

“Ini membuktikan masyarakat sentiasa cakna dan menerima kepentingan untuk mewujudkan KRT yang secara tidak langsung dapat membantu menyelesaikan isu komuniti,” katanya.

Ketua Menteri berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aspresiasi Komuniti Rukun Tetangga (RT) dan Pelantikan Duta Perpaduan Melaka Tahun 2023 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, semalam.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem, hadir sama Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka, Intan Suhana Yusuff.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri berkata Kementerian Perpaduan Negara telah memperkasa peranan dan akses komuniti dalam KRT dengan mewujudkan enam kelompok komuniti.

“Enam kelompok komuniti ini meliputi perkembangan zaman, berimpak tinggi dan bersasar mengikut peringkat umur,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1403
Kongsi :
Previous post 28 dilantik sebagai Duta Perpaduan Melaka
Next post Paramedik Komuniti ‘adiwira’ masyarakat
Ubah saiz-+=