Kurangkan pengambilan garam, cegah hipertensi- Dr Noor Hisham

Masa Membaca:1 Minit, 45 Saat

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia disaran mengambil garam tidak melebihi lima gram atau kurang daripada satu sudu teh sehari bagi mencegah penyakit hipertensi atau tekanan darah tinggi serta komplikasinya.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, justeru kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan strategi pengurangan pengambilan garam berlebihan di negara ini.

Beliau berkata, hipertensi yang tidak terkawal akan menyebabkan penyakit jantung serta strok dan seterusnya boleh menyebabkan kematian.

KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah. Foto internet

“Kajian pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia (MyCoSS 2017/2018) mendapati bahawa purata pengambilan garam adalah sebanyak 7.9 gram sehari atau bersamaan dengan 1.6 sudu teh.

“Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masih mengambil garam melebihi daripada saranan yang ditetapkan untuk kurang daripada 5.0 gram (1 paras sudu teh) dalam sehari.

“KKM ingin menyeru kepada semua rakyat Malaysia agar lebih prihatin dengan mengambil lima langkah mudah bagi mengurangkan pengambilan garam untuk tidak melebihi 5 gram sehari,” katanya dalam kenyataan sempena Minggu Kesedaran Garam Sedunia akan disambut pada 8 hingga 14 Mac 2021, di sini, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, pertamanya rakyat perlu mengenali nama lain bagi garam dalam makanan seperti sodium nitrate, sodium bicarbonate, monosodium glutamate dan lain-lain.

Katanya, rakyat juga perlu baca label dan membandingkan maklumat kandungan natrium sebelum membeli makanan serta mengehadkan pengambilan garam tidak melebihi satu paras sudu teh sehari termasuk garam beriodin bagi mengurangkan risiko sakit jantung dan strok sejajar saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

“Rakyat juga perlu mengutamakan perisa asli dan kurangkan penggunaan garam, sos dan kicap dalam masakan; dan mengubah suai masakan kepada lebih sihat dan kerap makan di rumah atau bawa makanan yang dimasak di rumah ke tempat kerja,” katanya.

Beliau berkata, tahun tahun ini, World Action On Salt, Sugar and Health (WASSH) menetapkan bahawa Minggu Kesedaran Garam Sedunia akan disambut pada 8 hingga 14 Mac 2021.

“Tema tahun ini adalah Tambah Perisa Asli, Sedikit Garam Mencukupi (More Flavour, Less Salt),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1027
Kongsi :
Previous post PSMJ 2035 bakal jadi dokumen ‘hidup’ rujukan pemimpin akan datang
Next post 1,976 responden bantu realisasikan PSMJ 2035
Ubah saiz-+=