Landskap bercahaya bangkitkan kemeriahan Aidilfitri – Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

BEMBAN 11 April – Hiasan landskap bercahaya bakal menjadikan sambutan Aidilfitri di Melaka tahun ini lebih meriah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Sulaiman berkata, proses mengindahkan Melaka dengan landskap bercahaya dilakukan secara berperingkat oleh semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

“Saya yakin tahun ini akan lebih meriah berbanding sebelum ini kerana hampir dua tahun pergerakan kita terbatas, tetapi peralihan ke fasa endemik kali ini dijangkakan memeriahkan sambutan Aidilfitri.

“Hal ini seperti mana kita melihat orang luar sudah boleh datang ke Malaysia berikutan pintu sempadan negara yang dibuka dan ramai yang akan pulang beraya.

“Apabila sampai ‘mood’ raya, saya yakin suasana lebih meriah, ini adalah usaha penting yang PBT lakukan pada setiap perayaan termasuklah Deepavali, Tahun Baharu Cina dan Krismas,” katanya.

Beliau berkata kepada Melaka Hari Ini, selepas melancarkan Bazar Ramadan Jasin Bestari, di sini lewat petang tadi.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh, ADUN Serkam, Datuk Zaidi Attan dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Datin Sapiah Haron.

Terdahulu, Sulaiman meluangkan masa menyantuni 37 peniaga di bazar Ramadan berkenaan.

Malah Sulaiman, menggunakan kesempatan yang ada dengan mengedarkan kurma kepada peniaga dan pengunjung.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

690
Kongsi :
Previous post Rasuah: Eksekutif muda Petronas carigali antara 9 individu ditahan SPRM
Next post Melaka cadang lantik bekas pegawai syarak pantau masjid, surau
Ubah saiz-+=