Lapan flagship PSMJ2035 versi ketiga dibentangkan
KUALA LUMPUR 17 Februari – Sesi pembentangan kumpulan fokus lapan flagship Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ) versi ketiga dimulakan pagi ini.
Pembentangan sempena Konvensyen Hala Tuju Perancangan Pembangunan Negeri Melaka berlangsung di sebuah hotel di Jalan Tun Razak, di sini, bakal melabuhkan tirai hari ini.
Pagi ini menyaksikan sesi pembentangan pertama menerusi flagship pertama PSMJ2035 iaitu Pembangunan Ekonomi Melaka disampaikan oleh Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Salhah Salleh.
Pembentangan diikuti flaship kedua iaitu Melaka Negeri Pelaburan (Pembangunan Usahawan, Industri dan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)) oleh Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Sesi pembentangan lapan flagship yang dijadualkan hari ini keseluruhannya akan dibentangkan barisan Exco Kerajaan Negeri menerusi flagship seterusnya iaitu Pengurusan Infrastruktur Lestari, Perbandaran Mampan, Melaka Negeri Pelancongan, Pendidikan dan Teknologi, Melaka Sejahtera (Perpaduan), Melaka Sejahtera (Kebajikan), Melaka Sejahtera (Kesihatan), dan Melaka Sejahtera (Belia dan Sukan).
Program dijangka diakhiri dengan sesi rumusan disampaikan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
BOLA BALING: MELAKA AKHIRI KEMARAU LEBIH 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 3 November - Melaka menamatkan kemarau lebih dua dekad dalam sukan bola baling selepas muncul johan Kejohanan Bola...
KUAM 2024 DISERBU PELANCONG LUAR NEGARA
BATU BERENDAM 3 November - Karnival Udara Antarabangsa Melaka (KUAM) 2024 bukan sahaja dibanjiri pengunjung dari dalam negara bahkan luar...
HARI TERAKHIR KUAM 2024 ‘LUAR BIASA’
BATU BERENDAM 3 November - Cuaca panas terik tidak menghalang ribuan pengunjung untuk hadir bagi melihat secara dekat Karnival Udara...
MELAKA ‘RAJA’ BOLA BALING BAWAH 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 3 November - Pasukan lelaki Melaka mencipta sensasi apabila muncul johan Kejohanan Bola Baling Bawah 20 Tahun Kebangsaan,...
REMAJA MAUT TERKENA RENJATAN ELEKTRIK: OPERASI BAS EKSPRES DIGANTUNG
PUTRAJAYA, 3 Nov - Kementerian Pengangkutan menubuhkan pasukan petugas khas (Special Taskforce) dan menggantung serta-merta operasi bas terbabit dalam insiden...
KURANGKAN KESESAKAN DI PEKAN KUALA
AYER KEROH 3 November - Kemudahan lampu isyarat di persimpangan berhampiran Pasar Awam Kuala Sungai Baru, Masjid Tanah dijangka dapat...