
Laporan dakwa vaksin COVID-19 jejas kesuburan ‘maklumat salah’ – FAUCI
WASHINGTON, 3 Feb – Pengarah Institut Alergi dan Penyakit Berjangkit Nasional Antony Fauci berkata laporan mengenai kesan negatif vaksin COVID-19 terhadap kesuburan adalah maklumat yang salah.
“Data baharu dan kajian terdahulu menunjukkan bahawa vaksinasi COVID-19 tidak memberi kesan negatif kepada kesuburan. Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS dan organisasi perubatan profesional menekankan bahawa tiada bukti bahawa vaksinasi menjejaskan kesuburan,” kata Fauci dalam satu taklimat akhbar maya pada Rabu, menurut Sputnik.
Fauci juga berkata tanggapan salah yang lazim mengenai dakwaan kesan negatif terhadap kesuburan timbul akibat maklumat yang salah, tambahnya.
Bagaimanapun, Fauci mengakui bahawa jangkitan COVID-19 mengurangkan kesuburan lelaki. Masalah itu adalah sementara dan berkaitan dengan penyakit itu sendiri, bukan disebabkan vaksinasi, katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA PERLUAS GERAN PIDATO, HARGAI KEGIGIHAN SEKOLAH DAN INSTITUSI PENDIDIKAN
AYER KEROH 15 September - Melaka memperluas Geran Penyertaan Tertinggi Pertandingan Pidato Rukun Negara hingga tempat ketiga sebagai penghargaan kepada...
PIDATO RUKUN NEGARA SEMAKIN SUBUR, CATAT 10,494 PENYERTAAN TAHUN INI
AYER KEROH 15 September - Penghayatan anak-anak muda Malaysia terhadap Rukun Negara semakin semakin subur apabila seramai 10,494 peserta mengambil...
WARGA EMAS PUJI JIWA RAKYAT TOK RAUF, DOA TERUS PIMPIN MELAKA
TANJUNG BIDARA 15 September - Bukan setiap hari berpeluang bersemuka dengan pemimpin negeri, namun bagi dua warga emas dari Lubok...
ANAK CEMERLANG UPKK: BAPA OKU, IBU BERKERUSI RODA TERHARU SOKONGAN TOK RAUF
TANJUNG BIDARA 15 September - Di sebalik kejayaan seorang anak memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK), tersimpan...
WRUR TANJUNG BIDARA ‘HIDUPKAN’ WARISAN, DONDANG SAYANG TARIK MINAT ANAK MUDA
TANJUNG BIDARA 15 September - Warisan bukan sekadar untuk dikenang, sebaliknya perlu terus dihidupkan dan diperkenalkan kepada generasi baharu supaya...
WRUR TANJUNG BIDARA: MAJLIS ILMU JADI SANTAPAN ROHANI JEMAAH UJONG PADANG
TANJUNG BIDARA 14 September - Menjadikan Rasulullah SAW sebagai idola bukan sekadar menyebut nama Baginda, sebaliknya keperibadian dan akhlaknya perlu...

