Lebih 50,000 pelajar menengah kembali ke sekolah hari ini

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

AYER KEROH 5 April. – Seramai 58,097 pelajar di 68 sekolah menengah kebangsaan (SMK) di negeri ini kembali ke sekolah selepas hampir sembilan bulan mengikuti sesi Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Pengarah Jabatan Pendidikan Melaka Dr Mohd Azam Ahmad berkata, daripada jumlah itu seramai 29,146 adalah pelajar lelaki dan 28,951 adalah pelajar perempuan.

Katanya, bagi sekolah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) pula ia melibatkan 4,043 pelajar iaitu seramai 1,717 pelajar lelaki dan 2,326 pelajar perempuan.

MOHD Azam proses kemasukan pelajar menengah berjalan lancar hari ini.

“Bagi Sekolah Berasrama Penuh (SBP) pula sesi pembelajaran secara bersemuka hari ini membabitkan seramai 1,015 pelajar iaitu 541 pelajar lelaki dan 474 pelajar perempuan.

“Manakala Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) melibatkan seramai 1,561 pelajar iaitu 969 pelajar lelaki dan 592 pelajar perempuan,” katanya kepada MHI.

Menurutnya, proses kemasukan pelajar ke sekolah berjalan lancar, malah rata-rata ibu bapa yang menghantar anak-anak masing-masing kelihatan gembira kerana anak mereka dapat mengikuti sesi pembelajaran secara bersemuka berbanding PdPR.

PELAJAR SMK Ayer Molek kembali ke sekolah dengan mematuhi SOP ditetapkan.

“Pembukaan sekolah hari ini berjalan dengan lancar, cuma saya minta kerjasama ibu bapa supaya memastikan anak-anak mereka mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Diharap dapat sama-sama kita menjaga SOP supaya persekolahan anak-anak kita dapat berterusan seperti sedia kala.

“Ada pelajar seawal jam 6.30 pagi dah sampai sekolah, tapi Alhamdulillah guru-guru pun dah sampai awal untuk sambut pelajar tersebut,” katanya lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1130
Kongsi :
Previous post Guru meninggal bukan kerana suntikan vaksin COVID-19
Next post Melaka negeri pertama diliputi rangkaian gentian optik TNB berkelajuan 1 Gbps
Ubah saiz-+=