
Lebih 8 juta dos vaksin COVID-19 diberikan setakat semalam
KUALA LUMPUR 1 Julai – Sebanyak 8,083,685 dos vaksin telah diberikan kepada penduduk di negara ini setakat semalam di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata jumlah itu merangkumi 5,774,667 penerima dos pertama manakala 2,309,018 telah menerima dos kedua, sekali gus melengkapkan vaksinasi mereka.
“Sebanyak 258,773 dos vaksin COVID-19 diberikan semalam, melibatkan pemberian 163,756 dos pertama dan 95,017 dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.
Beliau berkata lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 303,050 orang, diikuti Sarawak (250,011), Johor (244,400), Perak (209,174) dan Kuala Lumpur (198,655).
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
PRN MELAKA: VISI JASMINE PACU KOTA MELAKA LEBIH DINAMIK – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Kota Melaka perlu terus diperkasakan sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang lebih dinamik menerusi pendekatan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA SUNGAI UDANG IDAM KEMUDAHAN SUKAN SELESA, SELAMAT
SUNGAI UDANG 8 November - Padang bola sepak yang lebih sempurna, gelanggang sukan selamat serta penambahan kemudahan riadah antara harapan...
