Lebih satu jam ‘lawan’ buaya tembaga

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

JASIN, 17 April – Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat lebih satu tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di sini hari ini.

Seorang nelayanΒ Mohd Amin Mohd Yatim, 53, berkata dia menemukan reptilia itu kira-kira 10.15 pagi lebih kurang 50 meter dari pinggir pantai berkenaan.

“Saya terus menghubungi beberapa rakan,Β sebelum kemudian menggerakkan empat bot untuk menangkap buaya terbabit bersama-sama tujuh rakan.

“Kami berdepan detik cemas apabila terpaksaΒ bergelut dengan buaya itu yang bertindak agresif dan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah sebelum berjaya menangkapnya,” katanya kepada pemberitaΒ di sini hari ini.

Mohd Amin berkata dia sememangnya mengetahuiΒ kewujudanΒ buayaΒ di pantai berkenaan sejak setahun lepas, namun tidak sebesar saiz buaya yang ditangkap hari ini.

Amin Ali, 64, pula berkata dia yang sedang menjaring ikan bersama isteri, Norizah Abdul, 54, segeraΒ menghampiri rakan-rakannya untuk membantu apabila melihat keadaan agak cemas.

Amin yang menjadi nelayanΒ sejak 40 tahun lepas berkataΒ kehadiran buaya di pantai itu dilihat sejak setahun lepas ketika turun ke laut, namun dia tidak pernah digangguΒ ketika menangkap ikan.

“Saya jumpa buaya kira-kira enam kali sebelum ini tetapi ukurannya hanyalah kecil dan sederhanaΒ sahaja… kali ini saiznya agak besar,” katanya

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan buaya itu kira-kira 12.06 tengah hari tadi.

β€œSejurus tiba, bomba dapati seekor buaya tembaga sepanjang 4.5 meter dalam keadaan telah diikat pada bahagian ekor dan mulut selepas berjaya ditangkap oleh nelayan.

“Pihak bomba menggunakan jentera lori dari BBP Ayer Keroh bagi menyerahkan buaya itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan),” katanya. – BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1204
Kongsi :
Previous post Masjid baharu untuk penduduk Serkam
Next post Bekas eksekutif pentadbiran didakwa pecah amanah wang syarikat lebih RM100,000