Sorting by

×

LELAKI CURI TABUNG TOKONG KENA CEKUP

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

JASIN 14 November – Seorang pemuda dicekup polis selepas disyaki terbabit dalam kejadian pecah masuk dan kecurian di dua buah tokong sekitar Bemban, di sini.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superitendan Ahmad Jamil Radzi berkata, lelaki berusia 24 tahun itu ditahan sepasukan polis kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada Isnin dan Rabu.

Katanya, dalam kejadian pada Isnin, kira-kira jam 6 pagi di Tokong Phek Chin, pengadu mendapati ada kesan umpil dan pecah pada tabung tokong.

“Dan pemeriksaan lanjut ke dalam tokong oleh pengadu kemudian mendapati dua karton minuman keras turut didapati hilang termasuk sebuah patung sembahyang disyaki dilarikan orang dan anggaran kerugian untuk tokong ini dianggarkan kira-kira RM450.

“Manakala, semalam terdapat lagi satu kejadian sama apabila sebuah tabung derma yang diletakkan di ruang legar Tokong Wooh Fang Jong didapati tiada,” katanya.

Menurutnya, ketika tangkapan dibuat keatas suspek, polis turut menemui sebuah tabung besi bewarna merah dipercayai dilarikan dari tokong.

“Siasatan dijalankan keatas lelaki itu, dia mendakwa terlibat dalam kejadian pertama dan polis masih lagi meneruskan siasatan bagi memastikan sama ada suspek ini turut terlibat dalam kejadian semalam.

“Semakan rekod lampau mendapati suspek mempunyai enam rekod lampau dan dua rekod dikehendaki polis selain ujian saringan awal air kencing dilakukan mendapati dia positif dadah,” katanya.

Jelas Ahmad Jamil, suspek kini direman selama enam hari bermula hari ini hingga 19 November bagi membantu siasatan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

133
Kongsi :
Previous post MIROS KELUAR TIGA GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN EV
Next post DUNIA ‘AI’ CABARAN BESAR KEPADA ANAK-ANAK
Ubah saiz-+=