‘Lemang menu pilihan sambut Deepavali’

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

BATU BERENDAM 12 November – Keharmonian kaum di Negeri Meaka terbukti apabila masyarakat India yang menyambut perayaan Deepavali kali ini memilih lemang sebagai antara menu dihidangkan kepada keluarga atau rakan yang mengunjungi mereka.

M Vimala, 62, berkata, dia memilih lemang bagi mencipta sedikit kelainan berbanding tahun sebelum ini yang hanya memfokuskan kepada masakan tradisi kaum India.

“Persiapan dan masakan tahun ini sangat banyak, antara menu disajikan rendang ayam, lemang dan kari kambing yang dimasak sejak awal pagi bagi memastikan perayaan berjalan dengan meriah.

“Lebih meriah lagi Deepavali kali ini diadakan bersekali dengan majlis perkahwinan anak perempuan iaitu anak bongsu saya yang bakal berlangsung pada 19 November ini.

“Bagi tema baju kami sekeluarga campur sahaja, tidak kisah warna apa pun asalkan ia meriah, anak kedua saya dari New Zealand juga balik tahun ini. Sudah tentu tahun ini sambutan Deepavali yang sangat indah,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini.

Photo 6233286994918750933 Y
PENGUNJUNG V Vteneswarram, (kanan) bersama pasangannya I Iswarya, berkesempatan berswafoto selepas melakukan upacara keagamaan sempena Sambutan Hari Deepavali di Kuil Sri Subramaniar Devasthaanam, Batu Berendam. Foto MR AZLI

Sementara itu bagi V Vteneswarram,25, dari Taman Merdeka yang baharu mendirikan rumah tangga berkata, ini adalah tahun paling menggembirakan apabila dia dapat meraikan pesta cahaya bersama isteri.

“Kami baharu kahwin setahun, sudah tentu tahun ini lebih seronok kerana dapat makan, pergi sembahyang di kuil sama-sama.

“Isteri juga bangun awal jam 5 pagi untuk bantu mak memasak ayam sambal, tose dan kari kambing,” katanya memilih tema warna putih dan emas untuk pakaian tahun ini.

Manakala, S Ravi Santharan,56, dari Bukit Katil berkata, dia memilih tema bewarna putih kerana tahun ini kerana ia melambangkan kesucian sesebuah keluarga.

“Saya dan keluarga jam 4.30 pagi sudah bangun untuk buat persediaan semua termasuk bersembahyang bersama keluarga sebelum pergi ke kuil.

“Tema warna baju pula anak-anak saya pilih sendiri tahun ini, daripada sudut kemeriahan ia sama sahaja seperti tahun lepas, cuma lebih meriah kerana ada saudara mara dari Pulau Pinang dan Johor datang beraya.

“Biarpun keluarga saya vegetarian tetapi menu seperti kambing dan ayam tetapi isteri masak untuk menjamu kawan-kawan berlainan bangsa seperti Melayu,” katanya.

Bapa kepada tiga anak ini juga bersyukur biarpun tidak mempunyai anak perempuan, tetapi semua anak lelakinya tidak melepaskan tangan membantu ibu mereka membuat persiapan di dapur.

“Anak semua lelaki tetapi saya syukur semua rajin tolong ibu mereka buat persiapan memasak dan bersihkan rumah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1395
Kongsi :
Previous post Suri rumah ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman di dada
Next post 300 peluang kerja untuk graduan TVET
Ubah saiz-+=