Lembu terbiar: Tiada kompromi, pengurangan kompaun

Masa Membaca:48 Saat

JASIN 25 Januari – Tidak ada pengurangkan kompuan bagi kes tangkapan ternakan dikesan berkeliaran di kawasan awam tegas Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Dr. Muhamad Akmal berkata, pendekatan tegas itu diambil selepas mengambil kira pelbagai faktor terutama keselamatan orang ramai khususnya risiko kemalangan terhadap pengguna jalan raya.

“Isu lembu berkeliaran ini sudah sangat kronik kerana apabila berlaku kemalangan bukan sahaja boleh menyebabkan kecederaan sebaliknya kehilangan nyawa.

“Diharapkan ketegasan ini menjadi pengajaran kepada semua penternak, jangan sambil lewa, perlu lebih bertanggungjawab terhadap ternakan masing-masing.

“Jangan hanya tahu mengambil untung tetapi memberi kerugiaan kepada orang lain, nyawa pengguna jalan raya lebih berharga berbanding dengan ternakan ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Sesi Lelongan Haiwan Ternakan di Melaka Beef Sdn Bhd, Ladang Lembah Kesang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Pejabat Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Azahar Mohamed.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

528
Kongsi :
Previous post Dakwaan polis terlibat kes rogol: Timbalan Ketua Polis Perak jamin siasatan telus
Next post JPJ Melaka sita lori disyaki seludup diesel
Ubah saiz-+=