‘Letak perjuangan parti lebih daripada kepentingan diri’ – Hishammuddin

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

JASIN 14 November – “Saya boleh datang ke Jasin hanya untuk menyatakan bahawa kita (UMNO) boleh kehadapan untuk memerintah, tidak perlu lagi bersedih dan tidak perlu menumpang kerajaan seperti sebelum ini”.

Itu kata Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika berucap pada Majlis Ramah Mesra bersama calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad di Dewan Alamanda Jasin di sini, hari ini.

Beliau berkata ujian kepada pengundi di Jasin hanya kepada satu Calon sahaja dan tugas mereka adalah untuk memberi kemenangan kepada Calon BN Parlimen Jasin, Datuk Roslan Ahmad untuk mendapat majoriti besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Ujian kepada mereka di Jasin hanya satu calon sahaja, tugas di Jasin hanya untuk menangkan Datuk Roslan sebagai calon BN dalam majoriti yang besar.

“Seksa lima tahun ini, tetapi ini kelebihan yang ada pada kita di mana kita sentiasa meletakkan perjuangan parti melebihi daripada kepentingan diri. Tiada dalam sejarah kita kerajaan tukar tiga kali, Perdana Menteri tukar tiga kali,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Jasin, Datuk Seri Ahmad Hamzah; Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Hasan Abdul Rahman; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Jasin, Datuk Zaleha Bujang; Ketua MCA Bahagian Jasin, Datuk Koh Chin Han; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim; Datuk Khaidhirah Abu Zahar dan Adun Sungai Rambai, Siti Faizah Abd Azis.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1454
Kongsi :
Previous post Pengundi positif Covid-19 wajib pakai pelitup muka, dilarang naik kenderaan awam
Next post Hari kelepasan am pada 18, 19 November – PM Ismail Sabri
Ubah saiz-+=