Sorting by

×

LIPUTAN 4G SUNGAI RAMBAI CAPAI 100 PERATUS

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 29 April – Liputan rangkaian 4G di kawasan berpenduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai telah mencapai tahap 100 peratus.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, bagi liputan 5G pula, ia sudah mencapai 83.2 peratus di kawasan berpenduduk setakat 31 Mac 2026.

Menurut beliau, walaupun liputan 4G telah mencapai sebanyak 100 peratus, namun pemantauan berterusan akan terus dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Melaka.

“Ini penting bagi memastikan pemberi perkhidmatan mematuhi standard kualiti perkhidmatan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan tambahan Datuk Siti Faizah Abd Azis (BN-Sungai Rambai) mengenai tahap liputan 4G dan 5G di Sungai Rambai pada Persidangan Pertama Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fairul Nizam berkata, di bawah inisiatif Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA), DUN Sungai Rambai telah menerima tiga menara telekomunikasi baharu yang telah siap dan bneroperasi sepenuhnya.

Selain itu, jelas beliau, kesemua 23 stesen pemancar sedia ada juga telah siap dinaik taraf, selain pembinaan tujuh tapak pemancar 5G oleh pihak DNB dan U Mobile.

“Pada masa sama, sebanyak 4,146 premis telah dilengkapi dengan kemudahan sambungan gentian optik berkeupayaan gigabit,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post PENILAIAN SEMULA PROJEK RINTIS ‘MELAKA FLOATING MARKET’ SECARA HOLISTIK
Next post MELAKA BINA MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU DI 24 LOKASI LIPUTAN LEMAH