
Liputan 5G Melaka capai 63.4 peratus
SERI NEGERI 31 Julai – Ketersediaan capaian rangkaian 5G di Negeri Melaka mencapai 63.4 peratus bagi kawasan berpenduduk setakat hujung Jun lalu.
Exco Sains, Inovasi, Teknologi dan Komunikasi Digital negeri, Fairul Nizam Roslan berkata, Kerajaan Negeri yakin sasaran liputan 89.5 peratus akan dicapai pada Disember ini yang meliputi 225 lokasi.
Fairul Nizam berkata, selepas mencapai sasaran itu, ketersediaan capaian rangkaian 5G akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain agar lebih menyeluruh di negeri ini.
“Tambahan lokasi rangkaian 5G baharu membabitkan 10.5 peratus liputan di Melaka akan dinilai dan dikaji semula lanjutan pengumuman Kerajaan Persekutuan untuk menukar model penyedia tunggal rangkai 5G kepada perlaksanaan model dwi rangkaian 5G bermula Januari 2024.
“Kesimpulannya perkhidmatan ini berupaya membawa lebih banyak data dan lebih pantas berbanding 4G dengan kadar antara 300 Mbps (megabit per second) sehingga 1 Gbps (gigabit per second),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Leng Chau Yen (PH-Sungai Udang) pada Persidangan Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Melaka ke-15 di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘IBU CUMA MAHU AIRA SEMBUH, KEMBALI CERIA’
AYER LIMAU 16 Ogos - Di sebalik senyuman dan semangat seorang kanak-kanak berusia enam tahun, tersimpan perjuangan getir melawan kanser...
KRT SUTERA WANGI AKTIF SATUKAN PENDUDUK, TANGANI ISU TAMAN
AYER KEROH 16 Ogos - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sutera Wangi Fasa Baru, Batu Berendam terus mempergiat aktiviti kemasyarakatan...
KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG SUNTIK SEMANGAT PATRIOTIK RAKYAT MELAKA
AYER KEROH 16 Ogos - Kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan yang dianjurkan Jabatan Penerangan (JaPen) Melaka bukan sahaja...
SHADAN DILANTIK KOMANDER REJIMEN 514 ASKAR WATANIAH
AYER KEROH 16 Ogos - Datuk Shadan Othman dilantik sebagai Komander Rejimen 514 Askar Wataniah Melaka yang baharu. Pelantikan itu...
MAIM SALUR RM30,000 BANTU ADIK AIRA LAWAN KANSER LIMFOMA
AYER LIMAU 16 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyalurkan sumbangan RM30,000 bagi membantu seorang kanak-kanak berusia enam tahun,...
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
