Maafkan saya, apa jua keputusan itu tanggungjawab saya – KM

Masa Membaca:1 Minit, 51 Saat

REMBIA 28 Mac – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menyifatkan apa saja bentuk keputusan yang diputuskan dalam Kerajaan Negeri adalah di bawah tanggungjawabnya.

Beliau berkata, tanggungjawab itu akan ditanggungnya sendiri sekiranya berlaku apa-apa keputusan dalam pendtabirannya.

“Apa saya keputusan dalam Kerajaan yang diputuskan (terhadap) Kerajaan Negeri menerusi Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) adalah tanggungjawab saya.

“Saya bertanggungjawab setiap apa keputusan pun…saya yang bertanggunjawab ke atas (jawatan) yang dipinjamkan kuasa ini ke atas saya, amanah ini ke atas saya (sebagai) khalifah di muka bumi ini, kalau buruk dipandang buruk maka buruklah saya.

“Saya yang bertanggunjawab bukan wakil rakyat di bawah saya, sekiranya ada kata kata saya sepanjang pentabiran saya, dalam bulan puasa penuh barakah ini saya mohon 10 jari memohon ampun dan maaf,”katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya merasmikan Majlis Penyampaian Sumbangan Ramadan Parlimen Alor Gajah 2023 diadakan di Kompleks Japerun Rembia di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis, Adun Machap Jaya, Ngwe Hee Sem, Adun Gadek VP Shanmugam serta tetamu lain.

Terdahulu dalam majlis diadakan itu seramai 150 rakyat kurang kemampuan membabitkan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam parlimen itu menerima bantuan wang tunai, kita makanan dan kuih raya disampaikan Sulaiman.

Dalam ucapan itu juga, beliau sempat memohon maaf kepada rakyat di negeri ini dan akan terus berbakti kepada rakyat dalam perjuangannya.

Malah beliau turut memberi bayangan akan terus berbakti sekiranya Ramadan akan datang ditempatkan di jawatan sama atau sebaliknya.

“Kalau ada kata-kata, bahasa ataupun tingkah laku saya kepada Tuan Puan, saya manusia biasa juga tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan, saya memohon ampun.

“Jika ada SMS tidak dijawab, Whatsapp tidak dijawab, ada janji-janji yang belum lagi saya dapat lunaskan, saya memohon ampun dan maaf, saya akan lunaskan sebaik mungkin.

“Ada 23 hari lagi puasa, tinggallah puasa saya tahun ini (diharapkan) puasa yang lebih baik dari tahun sebelum ini, saya juga mengucapkan Selamat Menyambut Aidilfitri akan datang…itu saja yang saya nak sampaikan, saya mohon maaf, Wallahuallam insyallah di bulan Ramadan akan datang mungkin saya ditempat sama atau ditempat yang lain pun Insyallah kita doakan perhimpunan ini dirahmati, diberkati Allah SWT,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6733
Kongsi :
Previous post Cari jalan atasi beban dan kemiskinan rakyat
Next post Isu pembekalan buruh asing, tanah rizab Melayu tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Ubah saiz-+=