
Mahkamah jenayah antarabangsa mulakan siasatan aktiviti Rusia di Ukraine
MOSCOW, 3 Mac – Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan siasatan ke atas aktiviti Rusia di Ukraine, kata Pendakwa ICC Karim Khan.
“Saya baru sahaja memberitahu Pejabat ICC mengenai keputusan saya untuk meneruskan dengan segera siasatan aktif dalam situasi itu. Kerja-kerja pengumpulan bukti sudah dimulakan,” kata Khan dalam satu kenyataan, lapor Sputnik.
Beliau menambah bahawa ICC akan memberi tumpuan kepada objektif utama organisasi: memastikan akauntabiliti bagi jenayah di bawah bidang kuasa mahkamah.
Minggu lalu, Rusia melancarkan operasi khas selepas republik pemisah Donetsk dan Luhansk meminta bantuan untuk mempertahankan diri daripada serangan berterusan oleh tentera Ukraine. Negara-negara Barat mengutuk sekeras-kerasnya operasi ketenteraan Rusia dan meningkatkan tekanan sekatan terhadap Rusia.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
