
MAIM AGIH 5,000 PEK BERBUKA SEPANJANG RAMADAN
PENGKALAN BATU 7 Mac – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengagihkan sebanyak 5,000 pek juadah berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata juadah berbuka tersebut diagihkan di 13 lokasi terpilih sekitar negeri ini.
“Kali ini sahaja sebanyak 250 pek juadah berbuka diagihkan yang mana 200 pek di Melaka Sentral dan 50 lagi di Pejabat Agihan Zakat Melaka Tengah.
“Antara lokasi lain bagi agihan ini adalah wad kecemasan Hospital Melaka, Pusat Latihan Teknologi Tinggi Melaka (ADTEC) Taboh Naning, balai bomba dan Balai Polis Melaka Tengah.
“Diharapkan agihan juadah berbuka ini dapat mengimarahkan bulan Ramadan yang penuh dengan ibrah dan tarbiyyah, sekali gus mengeratkan ukhwah Islamiah sesama saudara Islam,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Menurut Shaifulfazlee berkata, Agihan diberikan kepada orang awam di lokasi Agihan dan tidak dikhususkan kepada golongan sasar tertentu.
“Seorang akan dapat satu pek berbuka, inisiatif ini juga sebagai satu platform dakwah yang terbaik sepanjang bulan Ramadan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
17 DAS MERIAM BUKA TIRAI ISTIADAT PINGAT MELAKA
SERI NEGERI 24 Ogos - Dentuman 17 das tembakan meriam memecahkan suasana pagi di Seri Negeri, menandakan bermulanya Istiadat Penganugerahan...
RM450,000 BANTU RAKYAT ASAHAN DIAMI RUMAH LEBIH SELESA
ASAHAN 24 Ogos - Sebanyak 13 permohonan menerusi inisiatif Melaka Rumahku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan diluluskan sehingga tahun...
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
