
Malaysia bakal jadi destinasi pilihan pelabur tahun depan
PENGKALAN BATU 18 Julai – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yakin Malaysia akan menjadi antara negara pilihan pelabur menjelang tahun depan.
Menteri Kanan MITI, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkara itu mampu dicapai berdasarkan laporan bank dunia yang menjangkakan pertumbuhan ekonomi negara ini meningkat kepada 6.3 dan 7.5 peratus pada 2021.
“Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengunjurkan bahawa pertumbuhan ekonomi negara sedikit lembap tahun ini iaitu -2 peratus hingga 0.5 peratus.
“Bagaimanapun, untuk tahun depan, berdasarkan laporan bank dunia, Malaysia menjadi antara negara yang menunjukkan pertumbuhan baik iaitu pada 6.3 peratus hingga 7.5 peratus.
“Kita tahu, itu hanyalah satu unjuran jangkaan, tetapi apa yang penting ialah ia akan mempamerkan keyakinan pelabur asing untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke dua buah kilang iaitu Dominant Opto Technologies Sdn Bhd dan Texas Instruments Electronics Sdn Bhd di Batu Berendam, di sini.
Hadir sama, Timbalan Menteri MITI, Senator Datuk Lim Ban Hong.
Views:
Related


Berita Lain
‘KING OYEN’ SERONOK BONCENG BASIKAL
BANDA HILIR 24 Mei - Gelagatnya yang tenang dan bersahaja membonceng basikal menjadikan seekor kucing berwarna oren atau lebih mesra...
‘CRUISE’ PUAS-PUAS DI MELAKA, PELBAGAI PROMOSI MENARIK MENANTI ANDA
BANDARAYA MELAKA 24 Mei - Sempena cuti sekolah ini, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menawarkan pelbagai promosi menarik...
MELAKA CETUS GELOMBANG MUSIM CUTI SEKOLAH
BANDA HILIR 24 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan pelancong apabila kadar tempahan hotel dilaporkan mencecah lebih 95 peratus...
BISKUT TONGKAT BUKIT BULAT LAIN DARIPADA YANG LAIN
MACHAP JAYA 24 Mei - Rasanya yang lebih rangup dan tidak perlu mengambil masa lama untuk lembut apabila dicicah dengan...
ZIARAH KASIH JADI RUTIN ‘AH SEM’
MACHAP JAYA 24 Mei - Nasib rakyat memerlukan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya terus terbela menerusi inisiatif...
MELAKA JADI TUMPUAN GENG ‘BASIKAL LIPAT’
BANDA HILIR 24 Mei - Seramai 616 pemilik basikal lipat berhimpun di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, bagi memeriahkan...
