
Mangsa banjir ditempatkan di PPS Melaka masih 598 orang
MELAKA 8 Mac – Meskipun cuaca bertambah baik sejak beberapa hari lalu, pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Jasin masih menempatkan seramai 598 orang berikutan kediaman mereka masih dinaiki air.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam kenyataan berkata jumlah mangsa ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Gajah merekodkan angka paling ramai dengan 203 orang.
Katanya, ia diikuti PPS SK Parit Penghulu dengan 146 orang diikuti PPS SK Rambai seramai 99 orang manakala PPS SK Seri Mendapat 88 orang dan PPS Parit Gantong seramai 62 orang.
“Penempatan mangsa banjir di kelima-kelima PPS berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan mangsa ditempatkan adalah seramai 598 orang membabitkan 159 keluarga,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, setakat ini 13 kawasan di daerah itu masih terjejas banjir antaranya termasuk Kampung Sungai Dua Asahan; Kampung Pondok Batang; Kampung Bukit Asahan’ Kampung Chohong; Kampung Tersusun Seri Mendapat dan Sempang Bekoh.
Turut terjejas, Kampung Janda Berhias; Kampung Parit Penghulu; Kampung Tasik; Parit Putat Benteng; Parit Sidang Seman Benteng dan Jalan Simen, Batu Gajah
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KITA PASTIKAN TANJUNG BIDARA MENJADI TERMASYHUR SEMULA – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 November - Sejak menerajui pentadbiran Kerajaan Negeri, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh melaksanakan...
TOK RAUF MAHU GEN Z BERSAMA-SAMA WARNAI MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 9 November – Lebih 300 anak muda dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) memeriahkan Program Santai Anak Muda...
TERKEJUT TIKET MELAKA RIVER CRUISE CUMA RM10, PELANCONG RASA BERBALOI
BANDAR HILIR 8 November - Tawaran tiket Melaka River Cruise pada harga RM10 menerusi inisiatif Melaka Bila Larut Malam bukan...
PRN MELAKA: ANAK MUDA PERLU DISANTUNI, BUKAN DITEKAN – RAIS
SUNGAI UDANG 8 November - Anak muda perlu diberi ruang membuat penilaian sendiri terhadap calon yang bertanding pada Pilihan Raya...
PRN MELAKA: WAKIL RAKYAT LAMA PERLU BAWA IDEA DAN PEMBAHARUAN BAHARU – AB RAUF
BANDA HILIR 8 November - Wakil rakyat yang telah lama berkhidmat perlu tampil dengan idea dan pendekatan baharu bagi memastikan...
KEMAJUAN PEMBINAAN JETI MICT CAPAI 40 PERATUS – AB RAUF
KOTA LAKSAMANA 8 November Pembinaan Jeti Terminal Kapal Pesiar Antarabangsa Melaka (MICT) di Pulau Melaka kini mencapai kemajuan 40 peratus....
