Mangsa kebakaran bersyukur rumah baru akan dibina

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

LENDU 16 April. – Keluarga mangsa kebakaran di Kampung Durian Daun, di sini bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang sudi membantu membina rumah baru.

Siti Faismah Basir, 42, berkata, kesudian Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali menziarahi mereka sekeluarga selepas kejadian itu semalam, memberi harapan untuk membina kehidupan yang seakan-akan sudah terpadam akibat kehilangan tempat tinggal.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan jutaan terima kasih saya
ucapkan kepada Datuk Seri Sulaiman kerana sudi membantu membina semula rumah kami yang musnah.

“Setakat ini kami menumpang di kediaman ibu saudara saya yang berhampiran rumah kami yang musnah dalam kebakaran awal pagi semalam,” katanya.

KAKAK Siti Faismah, Siti Zuridah, 47, dan anak saudaranya, Sulaiman Hasnol, 11, meninjau tapak kediaman Siti Faismah yang menjadi arang di Kampung Durian Daun, Masjid Tanah.

 

Katanya, beliau sekeluarga juga mengucapkan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) yang ditugaskan Sulaiman untuk membersihkan sisa rumah yang sudah menjadi arang.

“Fikiran saya amat runsing memikirkan tempat tinggal selepas rumah musnah dalam kebakaran yang tidak sampai setengah jam awal pagi semalam,” katanya ketika ditemui di kediaman ibu saudaranya di kampung itu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kebakaran jam 3 pagi semalam, Siti Faismah dan suami,
Sulaiman Kaus, 42, dan ibu, Norisah Tahir, 79, serta tiga anak
berusia antara empat hingga enam tahun berjaya menyelamatkan diri.

Terdahulu, Sulaiman melalui hantaran di laman Facebooknya selepas menziarahi keluarga terbabit semalam, meminta pelbagai pihak segera menghulurkan bantuan untuk mangsa.

Beliau menyatakan sudah mengarahkan JKR dan MPAG membersihkan tapak rumah selain memohon Lembaga Perumahan Melaka (LPM) untuk membina sebuah rumah tiga bilik bagi keperluan ahli keluarga itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

536
Kongsi :
Previous post MCMC minta penyedia platform turunkan iklan raya promosi judi
Next post Mufti minta tingkat pematuhan SOP di Bazar Ramadan
Ubah saiz-+=