
Martabatkan guru sekolah agama di Melaka
AYER KEROH 22 Sept. – Kerajaan negeri akan berusaha memartabatkan guru-guru Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) ke satu tahap yang tinggi di masa akan datang.
Pengerusi Jawatankuasa di Jabatan Ketua Menteri (Pendidikan) Datuk Noor Effandi Ahmad berkata, perkara itu perlu dilakukan bagi memastikan profesion guru agama tidak diperkecilkan dan pada masa sama mengangkat profesion ini setaraf dengan guru sekolah aliran biasa di negeri ini.
Katanya, sehingga kini terdapat seramai 2,039 guru SRA JAIM di Melaka yang telah menabur bakti dalam menurunkan ilmu kepada anak murid.
“Kita ambil maklum segala permasalahan yang berlaku membabitkan guru-guru SRA JAIM sebab kita rasa adalah satu keperluan untuk memartabatkan profesion ini ke satu tahap lebih tinggi.
“Jika kira rasa guru sekolah kebangsaan itu penting, kita mahu guru sekolah agama ini juga dianggap sebegitu dalam meningkatkan pendidikan agama untuk anak-anak kita.
“Jadi dari semasa ke semasa, kerajaan negeri melalui JAIM akan sentiasa memperbaiki kebajikan dan juga senario sekolah-sekolah agama itu sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 140 guru SRA JAIM cemerlang di seluruh negeri Melaka sepanjang tahun 2019.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR ASAHAN: JULANG MARTABAT, RAIKAN ORANG ASLI
ASAHAN 9 April - Penganjuran Karnival Sukan Orang Kita (Masyarakat Orang Asli) bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR ASAHAN: YB ALONG MAHU TUBUH CAWANGAN PESARA TENTERA, POLIS
ASAHAN 9 April - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan berhasrat menubuhkan cawangan baharu membabitkan persatuan...
AURA REWANG MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI PANTAI KUNDOR
PANTAI KUNDOR 9 April - Semangat bergotong-royong atau rewang mencetuskan aura yang memeriahkan penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Melaka Sayang...
WRUR ASAHAN: RUMAH BAHARU SINARI KEHIDUPAN NEK PATIMAH, LIMA CUCU
ASAHAN 9 April - Kehidupan seorang warga emas yang sebelum ini mendiami rumah serba daif kini berubah apabila nasibnya mendapat...
MELAKA SASAR TAMBAH 10 NADI TAHUN INI
ASAHAN 9 April - Kerajaan Negeri bercadang untuk menambah 10 Pusat Ekonomi Digital (NADI) di negeri ini pada tahun ini....
WRUR ASAHAN: DISANGKA DEMAM BIASA, RUPANYA KANSER DARAH TAHAP 4
ASAHAN 8 April - Disangka sekadar demam biasa, namun simptom menggigil kesejukan yang dialami rupa-rupanya petanda kepada penyakit kanser darah...
