
Masjid baharu untuk penduduk Serkam
SERKAM 17 April – Kemudahan masjid baharu bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam di Serkam Darat, kini sedang dalam pembinaan bakal memberikan lebih keselesaan kepada umat Islam untuk beribadat selain menjalankan aktiviti memberikan manfaat kepada komuniti setempat.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Serkam, Datuk Zaidi Attan berkata, pembinaan masjid dirancang mampu menampung sehingga 800 jemaah pada satu-satu masa itu sudah mencapai 30 peratus dan dijadualkan siap sepenuhnya sebelum sambutan Aidilfitri 2025.
“Kos pembinaan masjid ini membabitkan kos RM3.5 juta, menggunakan rekaan moden yang mana ia tidak mempunyai bumbung bertingkat dan berkonsepkan nusantara.
“Pemilihan warna masjid belum dibuat, insya-Allah selepas ini umat Islam di sekitar DUN Serkam lebih selesa menunaikan solat apabila masjid ini siap,” katanya kepada Melaka Hari ini.
Mengulas lanjut, Zaidi yang juga Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, sementara menunggu kemudahan itu siap jemaah menunaikan solat di sebuah masjid di Taman Bukit Serkam.
“Masjid baharu ini bagi menggantikan masjid lama sebelum ini yang sudah runtuh, buat masa ini para jemaah menunaikan tunaikan di masjid sementara,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
