Sorting by

×

Mayat dipercayai lelaki hilang ditemui

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

AYER KEROH 18 Mac – Mayat lelaki dipercayai individu yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Beruang, di sini, Selasa lalu, ditemui kira-kira jam 10.49 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, mayat terbabit ditemui oleh orang awam sebelum melaporkan kepada pihak polis.

“Sejurus menerima panggilan pada jam 10.49 pagi, sepasukan polis kemudian bergegas ke lokasi kejadian.

“Hasil pemeriksaan dijalankan keatas mayat itu dan berdasarkan penemuan dokumen, kami percaya mangsa adalah lelaki yang dilaporkan hilang sebelum ini. Operasi menari dan menyelamat (SAR) dilancarkan untuk mencari mangsa namun gagal,” katanya.

Beliau berkata pasukan forensik juga sudah ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan lanjut.

“Usaha membawa keluar mayat mangsa dari lokasi dia ditemui ke kaki bukit dijalankan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka.

“Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka bagi proses bedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” katanya.

Christopher menasihatkan orang awam agar tidak menimbulkan sebarang spekulasi berkaitan penemuan mayat berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan, pihak berkuasa melancarkan operasi SAR bagi mengesan seorang lelaki
dilaporkan sesat dan hilang di Bukit Beruang, namun dihentikan petang semalam berikutan gagal menemui sebarang petunjuk.

Pos kawalan tempat kejadian (PKTK) agensi ditutup jam 3 petang Jumaat selepas semua kawasan di bukit itu diperiksa tetapi gagal menemui mangsa, dikenali sebagai Steven Tan Kim Huat, 45.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2795
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir Johor, Pahang terima baucar Payung Rahmah
Next post PM tidak gentar dengan ugutan jatuhkan Kerajaan Perpaduan
Ubah saiz-+=