
Mayat pesara tentera ditemukan dalam semak
GUA MUSANG, 30 April – Mayat pesara tentera ditemukan di dalam semak di Kampung Lembaga, Rancangan Pemulihan Tanah Kesedar Sungai Terah di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mangsa Wan Yusof Wan Jaafar, 48, dipercayai maut selepas basikal yang ditunggangnya terbabas ke dalam semak itu.
Beliau berkata mayat mangsa ditemukan pada 2.30 petang dalam keadaan terbaring berhampiran basikalnya.
“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai keluar beriadah dengan mengayuh basikal seorang diri pada kira-kira 8 pagi.
“Bagaimanapun mangsa tidak pulang ke rumah pada waktu kebiasaan malah isterinya gagal menghubungi mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan serangan jantung (Coronary Artery Disease) dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MUSIM TENGKUJUH: RM132.45 JUTA BANTU 331,142 PEKEBUN KECIL
TABOH NANING 11 November - Kerajaan memperuntukkan RM132.45 juta bagi pembayaran Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) untuk November dan Disember 2026,...
PRN MELAKA: HELMY MAHU BANGUNKAN EKOSISTEM E-SUKAN DI DUYONG
DUYONG 10 November - Penyediaan fasiliti e-sukan di Duyong menjadi antara perancangan calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN)...
DALAM SIBUK BERKEMPEN, RAIS TURUN HARUNG BANJIR DEMI RAKYAT
BEMBAN 10 November - Kesibukan berkempen sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 tidak menghalang Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan,...
TPM MAHU PERKENAL KURSUS E-SUKAN DI INSTITUSI TVET MARA
DUYONG 10 November - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu kursus berkaitan e-sukan diperkenalkan di...
ANTHONY LOKE LETAK JAWATAN: SENDIRI JANJI, SENDIRI TANGGUNG – KA SIONG
BANDARAYA MELAKA 10 November - Presiden MCA, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong menyifatkan keputusan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke...
PRN MELAKA: AB RAUF YAKIN MCA MAMPU RAIH SOKONGAN MASYARAKAT CINA
BANDARAYA MELAKA 10 November - Barisan Nasional (BN) Melaka menyasarkan kemenangan di kesemua empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang...
