
MAYC Jasin bantu baik pulih rumah warga emas
SUNGAI RAMBAI 22 Sept. – Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Jasin mengambil inisiatif melaksanakan Program Khidmat Sosial mengecat rumah warga emas di Jalan Tambak Merah, baru-baru ini.
Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak Mohd Ridzuan Mujid berkata, kali ini pihaknya memilih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) milik Saadiah Amarjat.
“Usaha ini untuk membantu golongan warga emas dan ibu tunggal yang daif dan memerlukan.
“Ia mampu mengeratkan hubungan masyarakat dengan belia MAYC selain memupuk sikap membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada MHI.
Hadir sama, Pengerusi MAYC Melaka Asrul Khan Sher Jang Khan.
Program itu merupakan anjuran MAYC Kawasan Jasin bersama MAYC Seri Pengkalan Lambak.
Views:
Related


Berita Lain
KEENAKAN DODOL MELAKA JADI KENANGAN DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 16 Ogos - Pengalaman lima hari di Malaysia sepanjang mengikuti latihan dan menginap di Felda Hutan Percha memberi...
84 KOMUNITI MADANI JADI JENTERA AKAR UMBI SEMARAK KEMPEN KIBAR JALUR GEMILANG
AYER KEROH 16 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka digerakkan bagi perhebat kempen mengibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan...
AMBULANS PBT MELAKA KENDALI 600 KES KECEMASAN
AYER KEROH 16 Ogos - Lebih 600 kes kecemasan telah dikendalikan menerusi Operasi Ambulans (OBT Ambulans) Kerajaan Negeri Melaka, iaitu...
‘SAYA TIDAK MAHU ADA RAKYAT TIADA MAKANAN DI RUMAH’
TELOK MAS 16 Ogos – Komitmen membantu golongan memerlukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas tidak terhad kepada program...
JIWA MERDEKA TAMAN BUKIT RAMBAI
KLEBANG 16 Ogos - Jiwa merdeka dalam kalangan masyarakat Taman Bukit Rambai terus terserlah apabila hampir 200 Jalur Gemilang diagihkan...
FELDA HUTAN PERCHA JADI PILIHAN NEGARA LUAR
MACHAP JAYA 15 Ogos - Felda Hutan Percha terus mendapat perhatian masyarakat antarabangsa apabila kawasan berkenaan sekali lagi bakal dipilih...
