
MAYC Jasin bantu baik pulih rumah warga emas
SUNGAI RAMBAI 22 Sept. – Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) Jasin mengambil inisiatif melaksanakan Program Khidmat Sosial mengecat rumah warga emas di Jalan Tambak Merah, baru-baru ini.
Pengerusi MAYC Seri Pengkalan Lambak Mohd Ridzuan Mujid berkata, kali ini pihaknya memilih rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT) milik Saadiah Amarjat.
“Usaha ini untuk membantu golongan warga emas dan ibu tunggal yang daif dan memerlukan.
“Ia mampu mengeratkan hubungan masyarakat dengan belia MAYC selain memupuk sikap membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada MHI.
Hadir sama, Pengerusi MAYC Melaka Asrul Khan Sher Jang Khan.
Program itu merupakan anjuran MAYC Kawasan Jasin bersama MAYC Seri Pengkalan Lambak.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM DISARAN SEDIA KIOS CENDERAMATA PRODUK MELAKA DI MASJID SELAT
BANDA HILIR 7 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyarankan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyediakan...
PENANTIAN BERAKHIR, MELAKA BINA KEMUDAHAN RITUAL TERAKHIR MASYARAKAT INDIA
BANDA HILIR 7 Oktober - Penantian masyarakat India di Melaka untuk mendapatkan kemudahan khusus bagi melaksanakan ritual terakhir bakal berakhir...
PRN MELAKA: SIAPA RAKAN STRATEGIK BN? TUNGGU RUNDINGAN SELESAI
SERI NEGERI 7 Oktober - Barisan Nasional (BN) Melaka masih membuka ruang kerjasama dengan mana-mana parti politik bagi menghadapi Pilihan...
PRN MELAKA: JANGAN ADA PRASANGKA, TEMPOH MASA DITETAPKAN SPR MUNASABAH – AB RAUF
SERI NEGERI 7 Oktober - Penetapan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 yang diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan...
PRN MELAKA: PILIH SECARA MATANG, INI ‘JAMBATAN’ TENTUKAN MASA DEPAN – AB RAUF
SERI NEGERI 7 Oktober - Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 perlu dilihat sebagai 'jambatan' untuk menentukan masa depan negeri...
PRN MELAKA: MIC HARAP KERUSI GADEK KEKAL
BANDA HILIR 7 Oktober - MIC berharap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek kekal menjadi milik parti itu pada Pilihan...
