MBMB bantu pelajar daripada keluarga B40

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 1 Mac. – Seramai 600 pelajar daripada keluarga B40 bakal menerima bantuan persekolahan dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, bantuan menerusi Program Jom Ke Sekolah 2021 itu akan disalurkan kepada 83 sekolah rendah dan 34 sekolah menengah dalam kawasan pentadbiran MBMB membabitkan peruntukan RM90,000.

Katanya, setiap pelajar di sekolah yang terlibat akan menerima bantuan tunai RM150 seorang yang disalurkan ke sekolah masing masing dengan seliaan Pejabat Pendidikan negeri.

Murphy Chan (kanan) menyerahkan replika cek kepada Zainal bagi penajaan pembelian cermin mata untuk pelajar bermasalah penglihatan.

“Melalui inisiatif MBMB dengan kerjasama syarikat Eyecon Group Sdn. Bhd. kita juga menyediakan bantuan lain kepada 100 pelajar yang mengalami masalah penglihatan bagi mendapatkan cermin mata.

“Setiap bantuan yang disampaikan ini diharapkan mampu membantu golongan ini agar dapat meneruskan pembelajaran di sekolah dalam tempoh pasca pandemik COVID-19,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas penyerahan bantuan Jom Ke Sekolah 2021 MBMB di Pejabat Ketua Menteri di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali, menyerah yerahan replika cek MBMB kepada Pengarah Pendidikan negeri, Dr. Azam Ahmad pada majlis itu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Eyecon Sdn. Bhd., Datuk Murphy Chan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

717
Kongsi :
Previous post Tiga medan selera MBMB ‘berwajah baharu’
Next post Sub kontraktor rugi RM40,000 ditipu ‘geng Dato Wasir’
Ubah saiz-+=