
Tiga medan selera MBMB ‘berwajah baharu’
BANDARAYA MELAKA 1 Mac. – Sebanyak RM349,000 diperuntukkan bagi menaik taraf tiga medan selera milik Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).
Datuk Bandar MBMB, Datuk Zainal Abu berkata, ia melibatkan kerja-kerja penambahan sengkuap dan tingkap kecil, mengecat semula bangunan dan lain-lain.

“Kali ini tiga medan selera yang dinaik taraf iaitu Medan Selera Tun Ali, Medan Selera Tun Tuah, Kampung Lapan dan Medan Selera Taman Cempaka, Peringgit.
“Selain memenuhi kriteria gerai bersih dengan persekitaran yang kondusif, MBMB harap dengan penambahbaikan yang telah dibuat dapat membantu peniaga menjana lebih pendapatan isi rumah,” katanya.

Zainal berkata, peniaga juga diingatkan sentiasa menjaga infrastruktur dan fasiliti yang disediakan MBMB supaya dapat dimanfaatkan bersama dalam jangka masa panjang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KESIDANG NADI EKONOMI BAHARU MELAKA
KESIDANG 20 Jun – Pembangunan pesat sektor komersial dan perindustrian di DUN Kesidang terus memberi limpahan manfaat kepada penduduk setempat...
WRUR TELOK MAS LAHIR PELAPIS SENI WARISAN MELAKA
TELOK MAS 20 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) menjadi antara platform dalam melahirkan lebih ramai pelapis seni...
PESAN ARWAH AYAH PEMBAKAR SEMANGAT NURFARIESYA RAIH PNGK 4.00
TELOK MAS 20 Jun - Kehilangan ayah tercinta akibat sakit jantung seminggu sebelum peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hampir...
1,000 BERENTAP BURU GELARAN RAJA JORAN CRYSTAL BAY
TELOK MAS 20 Jun - Seramai 1,000 peserta dari seluruh Negeri Melaka berentap pada pertandingan memancing Crystal Bay Megasurf 2026...
‘TERIMA KASIH BINA SEMULA RUMAH KAMI’
TANJUNG BIDARA 20 Jun - Kesungguhan semua pihak membantu menyegerakan pembinaan kediaman baharu untuk keluarganya amat dihargai oleh mangsa kebakaran...
SHELTER MERLIMAU TANGANI ISU HAIWAN TERBIAR MELAKA
MERLIMAU 19 Jun - Shelter Merlimau iaitu pusat perlindungan haiwan berlesen pertama di Melaka diyakini mampu menangani pelbagai isu melibatkan...
