
MBMB kurangkan caj sewa gerai
AYER KEROH 27 Nov. – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) meluluskan pengurangan 50 peratus kadar sewa gerai bagi bulan Oktober sehingga Disember ini bagi membantu peniaga dalam kawasan pentadbirannya susulan penularan COVID-19.
Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Abu berkata, pengurangan kadar sewa itu melibatkan sebanyak 1,350 penyewa gerai di bawah pentadbiran MBMB.
“Selepas mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan Bil 8/2020 MBMB, kita bersetuju memberi insentif baharu kepada semua penyewa gerai dan ruang niaga MBMB.
“Ini juga sebagai tanda sokongan MBMB terhadap saranan Kerajaan Negeri Melaka bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19,” katanya.
Katanya lagi, MBMB turut meluluskan 12 lot berniaga khas dengan pecahan 10 lot untuk pemohon kategori orang kelainan upaya (OKU).
“Manakala, dua lot untuk seniman jalanan yang akan ditempatkan di Taman Warisan Dunia, Jalan Jonker berkuatkuasa 1 Disember ini.
“Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Perniagaan MBMB di talian 06-2859700,” katanya lagi.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM BAIK PULIH LIMA PREMIS TERBIAR DALAM KAWASAN TAPAK WARISAN
AYER KEROH 14 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mengambil tindakan segera dengan memberi nafas baharu kepada lima premis...
MELAKA FC ANJUR KEJOHANAN EMPAT PENJURU SEMPENA ULANG TAHUN KELAHIRAN YANG DI-PERTUA NEGERI
BANDA HILIR 14 Ogos - Melaka FC menyasarkan penganjuran The Governor's 77th Anniversary International Quadrangular Football Tournament 2026 sebagai acara...
MPHTJ SELESAIKAN 70.2 PERATUS ADUAN RAKYAT
AYER KEROH 14 Ogos - Penyelesaian masalah dan aduan rakyat menjadi antara ukuran utama prestasi Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
PERZIM SASAR 4,000 PENGUNJUNG SERBU ENAM MUZIUM 31 OGOS INI
AYER KEROH 14 Ogos - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menyasarkan lebih 4,000 pengunjung melawat muzium dan galeri di bawah seliaannya...
PPSPM SUNTIK SEMANGAT ATLET PERAHU NAGA, PINGPONG HADAPI SUKMA
DUYONG 14 Ogos – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyuntik semangat atlet perahu naga dan pingpong Melaka yang...
JANGAN BIAR DIABETES GELAPKAN PANDANGAN ANDA
Oleh: Dr. Yeoh Shao Yin (Serena) Pakar Mata Oriental Melaka Straits Medical Centre KENCING manis atau diabetes adalah penyakit yang...
