MBSB angkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 8 Dis. – Melaka Bekal Sdn. Bhd., (MBSB) mengambil langkah awal menerapkan elemen integriti dalam kalangan kakitangannya menerusi angkat sumpah Ikrar Bebas Rasuah (IBR).

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB, Fairul Nizam Roslan berkata, melalui usaha itu kakitangan MBSB juga perlu meningkatkan pengetahuan semasa melaksanakan urusan.

“Ini termasuklah melaksanakan IBR kali kedua sebagai ‘refreshment’ kepada semua kakitangan.

“IBR yang pertama kita buat pada tahun 2017, hasil itu kita tubuhkan unit integriti yang mana semua anak syarikat kerajaan negeri perlu menubuhkan unit tersebut,” katanya.

AWANGKOK menandatangani IBR MBSB disaksikan AZMI (empat kiri) dan Fairul Nizam (dua kiri).

Beliau berkata demikian kepada MHI selepas Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Melaka Bekal Sdn. Bhd., di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) Datuk Azmi Hussain dan Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka Awangkok Ahmad Taufik Putra Awang Ismail.

Jelasnya, bagi menjaga integriti MBSB, pihaknya melantik kakitangan yang akan menguruskan tugasan-tugasan berkaitan integriti.

“Seperti sedia maklum MBSB juga terdedah dengan risiko, tetapi setakat ini tiada lagi laporan atau tangkapan seperti dimaklumkan pihak SPRM.

“Hari ini sekali lagi kita buat program IBR bersama SPRM Melaka melibatkan seramai 47 anggota MBSB,” katanya lagi.

Katanya, penerapan integriti seseorang mampu menambah baik sifat kerohanian, kemahiran serta perkhidmatan setiap kakitangan.

Views:

950
Kongsi :
Previous post JPKK, kakitangan Japerun dilindungi insurans, khairat kematian tahun hadapan
Next post Kesedaran pembudayaan norma baharu akan diperluaskan
Ubah saiz-+=