MCORP tambah baik nilai kerja dekati masyarakat

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

AYER KEROH 14 Mei – Perbadanan Melaka (MCORP) terus mengorak langkah dengan menambah baik nilai kerjanya untuk mendekati masyarakat di negeri ini, sekali gus mencapai sasaran hasil syarikat.

Ketua Pegawai Eksekutif MCORP Datuk Mohd Yusof Abu Bakar berkata usaha itu perlu dilaksanakan dengan mewujudkan satu nilai baik yang memberi impak positif kepada masyarakat.

“Kita harap dapat wujudkan satu perkara bernilai untuk masyarakat, banyak program telah kita laksanakan sebelum ini dan kita kena lihat semula prestasi kita supaya lebih kehadapan.

“Daripada segi sasaran hasil MCORP masih jauh, jadi kita perlu teliti bagaimana mahu mencapai hasil tersebut, paling penting kita perlu seronok dengan kerja yang dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan MCORP Bagi Bulan April 2024 di Galeri MCORP Menara Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) MCORP, Ts. Noramirul Nizam Kamis; Pengurus Besar Melaka Sentral Sdn Bhd, Mohd Zulhafni Mad Rahis dan ketua-ketua agensi serta anak syarikat MCORP.

Mohd Yusof berharap supaya semua kakitangan MCORP dapat memberikan komitmen dalam melaksanakan tanggungjawab diamanahkan.

“Kita menerima banyak peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan, jadi kita kena laksanakan tanggungjawab menggunakan peruntukan diberikan itu sebagai Amanah,” katanya.

Pada majlis itu turut diadakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Hiasan Raya Terbaik 2024 dan Weight Loss 2024 MCORP.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

136
Kongsi :
Previous post Cekal besarkan anak istimewa, Rahamah diangkat ibu inspirasi negara
Next post Amal budaya kerja di luar kotak, kekalkan integriti – MPAG
Ubah saiz-+=