MDDNM fokus aktiviti kemasyarakatan

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) berusaha melaksanakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan bersama agensi serta Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Presiden MDDNM, Datuk Wira Jahaya Mat berkata usaha itu bagi membolehkan perkhidmatan agensi terlibat dinikmati masyarakat negeri ini.

Katanya sebagai contoh MDDNM sebelum ini menjalin kerjasama dengan Universiti Melaka (UNIMEL) bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar B40.

“Kita juga bekerjasama dengan Persatuan Anak-Anak Melaka di Wilayah Persekutuan & Selangor (PERSAKA) untuk meningkatkan jenama Melaka di luar negeri ini.

“Dengan cara ini kita dapat menambah keahlian selain menganjurkan pelbagai aktiviti yang sinonim dengan Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Amal dan Pertandingan Golf Amal MDDNM & PERSAKA di sebuah hotel, di sini, semalam.

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali yang ditemani isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Hadir sama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP dan Presiden PERSAKA, Datuk Dr. Rahman Ismail.

Pada majlis itu empat memorandum kerjasama telah dimeterai melibatkan MDDNM & PERSAKA, PERSAKA & Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Putrajaya, MDDNM bersama PERSAKA & Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) serta MDDNM & Universiti Melaka (UNIMEL).

Katanya, kerjasama MDDNM dan PERSAKA dan HUKM lebih kepada meningkatkan kesedaran orang Melaka mengenai kesihatan, teknologi dalam perubatan serta perawatan.

“Begitu juga kerjasama PERSAKA dengan DMDI Putrajaya, MDDNM akan sentiasa menyokong segala kegiatan bersama yang memberi kebaikan kepada semua pihak,” katanya.

Pada majlis itu MDDNM dan PERSAKA turut memberi penghargaan kepada dua anak kelahiran Melaka yang mengukir nama dan kejayaan di ibu kota menerusi penglibatan dalam bidang masing-masing.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1613
Kongsi :
Previous post Tun Mohd Ali serikan majlis makan malam amal
Next post Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2023 meriah
Ubah saiz-+=