Tun Mohd Ali serikan majlis makan malam amal

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 12 Mac – Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam hadir menyerikan Majlis Makan Malam Amal dan Pertandingan Golf Amal di sebuah hotel, di sini, semalam.

Makan malam anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka (MDDNM) & Persatuan Anak-Anak Melaka di Wilayah Persekutuan & Selangor (PERSAKA) itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali bersama isteri Datin Seri Utama Munira M Yusop.

Ketibaan Tun Mohd Ali kira-kira jam 8.15 malam disambut Sulaiman diiringi Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, VP Shanmugam.

Tun Mohd Ali yang diiringi Sulaiman turut meluangkan masa melawat gerai pameran yang disediakan pihak penganjur.

Turut diadakan penyampaian Anugerah Ikon Anak Melaka selain memorandum kerjasama antara MDDNM dan PERSAKA, PERSAKA dan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Putrajaya, MDDNM bersama PERSAKA & Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) serta MDDNM & Universiti Melaka (UNIMEL).

Pada majlis sama Tun Mohd Ali melancarkan buku biografi beliau bertajuk ‘Memoir Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam’.

Majlis diteruskan dengan makan malam yang diiringi Kombo Briged Seni sebelum Tun Mohd Ali berangkat pulang.

Turut hadir Presiden MDDNM, Datuk Wira Jahaya Mat dan Presiden PERSAKA, Datuk Dr. Rahman Ismail.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1143
Kongsi :
Previous post Suami digalak taja suri rumah SKSSR – PERKESO
Next post MDDNM fokus aktiviti kemasyarakatan
Ubah saiz-+=