Melaka anjur karnival himpun anak-anak istimewa

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 24 April – Karnival Kebolehpasaran 2024 yang diadakan di Melaka Mall pada 30 April ini menyasarkan penyertaan seramai 3,000 Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Negeri Melaka.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, karnival itu diadakan bagi membina keyakinan murid berkenaan dalam aktiviti kemahiran yang dirancang.

“Terdapat pelbagai aktiviti diadakan untuk murid terlibat seperti segmen pertandingan mewarna, gubahan bahan terbuang, dekorasi kek, menu sihat, nyanyian solo, poster digital, manik kreatif dan banyak lagi.

“Setakat ini untuk segmen pameran sebanyak 28 agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) telah bersetuju untuk turut sama memeriahkan karnival ini nanti.

“Inisiatif ini juga mampu memberi pendedahan tentang keperluan mengupayakan murid-murid ini kepada ibu bapa dan komuniti, selain meningkatkan kefahaman anak-anak tentang kemahiran yang ada di Melaka,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp Image 2024 04 20 At 22.54.37

Mengulas lanjut, Rahmad berkata, murid berkeperluan khas juga perlu dihargai kerana mereka turut mempunyai bakat serta kemahiran tersendiri.

“Ini juga salah satu platform untuk memupuk anak-anak ini tentang semangat keusahawanan dalam kalangan murid berkeperluan pendidikan khas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

793
Kongsi :
Previous post SPNB bina 6,600 unit Rumah Mesra Rakyat tahun ini
Next post Pengurus syarikat agensi pelancongan mengaku tidak bersalah atas tujuh pertuduhan
Ubah saiz-+=