Melaka bakal menjadi hab menjual produk layang-layang

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDA HILIR 20 Sept – Kerajaan negeri bercadang untuk membuka hab menjual layang-layang sebagai usaha untuk melestarikan seni pembuatan layang-layang keluaran rakyat tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Melaka, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata bagi tujuan bagi menyambut tujuan itu, pihaknya mengalu-alukan kertas kerja daripada pengusaha layang-layang termasuk Persatuan Layang-layang negeri Melaka bagi mempromosikan produk seni warisan itu.

Katanya, perlaksanaan itu bagaimanapun masih dalam proses pembentangan dan berdasarkan perancangan awal menerusi Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) yang mencadangkan supaya sebuah kedai menjual aneka jenis layang-layang dibuka di kawasan tumpuan pelancong di Menara Taming Sari.

“Penjual layang-layang akan diberi lokasi di tempat-tempat pelancongan yang agak strategik supaya mereka termasuk persatuan boleh berdaya maju dan mendapat keuntungan dengan menjual produk layang-layang ini sekaligus menganjurkan program yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Layang-layang Hari Malaysia 2020 di Pulau Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Jailani berkata produk layang-layang hasil pembuatan rakyat tempatan akan diberi keutamaan supaya pengusaha seni itu dapat menjana pendapatan selain mengasah bakat seni masing-masing.

“Pertama, kita akan buat satu kedai di mana akan menjual semua jenis layang produk buatan tempatan, itu sebagai keutamaannya.

“Kedua, kita akan menjual produk layang-layang dari luar negeri terutama bagi negara yang pernah terlibat dengan kita, seperti China Taiwan; Hong Kong; Australia dan Indonesia, dan lebih baik jika kita dapat berkongsi pengalaman bersama (negara luar) mudah-mudahan kita dapat mengasah lagi bakat-bakat produksi pembuat layang-layang di Malaysia,” katanya.

Views:

926
Kongsi :
Previous post Buang pelitup muka dalam tong sampah
Next post Warga Tangga Batu sumbang 70 beg darah bantu Tabung Darah Hospital Melaka
Ubah saiz-+=