Melaka bawa ‘rombongan’ ke Riau naik feri

Masa Membaca:59 Saat

AYER KEROH 23 Mei – Satu rombongan terdiri daripada 200 pemain industri pelancongan Melaka akan berangkat ke Riau, Indonesia pada 5 Jun depan.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri, Datuk Muhamad Jailani Khamis berkata, rombongan tersebut akan menaiki feri dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) ke Riau.

Katanya, rombongan terbabit bertujuan untuk menjalinkan kerjasama secara intensif dari segi pelancongan Melaka dan Riau menerusi hubungan dua hala.

“Kita akan adakan rombongan terbesar pada tahun ini untuk mengembangkan lagi pelancongan Melaka bagi menarik lebih ramai pelancong dari Pekan Baru dan Dumai menerusi provinsi Riau.

“Rombongan ini berkemungkinan akan diketuai oleh Ketua Menteri, Datuk Seri utama Sulaiman Md Ali dan kita bawakan delegasi terdiri daripada pemain industri pelancongan Melaka untuk jalin hubungan intensif bersama pemain industri pelancongan Provinsi Riau

“Di Provinsi Riau, penduduknya secara rasmi mempunyai seramai 6.5 juta dan untuk jumlah tidak rasminya adalah seramai 9 juta, jadi kita adakan hubungan secara intensif dari segi pelancongan,” katanya kepada Melaka Hari Ini (MHI).

Mengulas lanjut, katanya delegasi itu akan menetap di Provinsi Riau selama lima hari empat malam atau enam hari lima malam bagi menjalankan misi pelancongan Melaka itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2637
Kongsi :
Previous post Masih jual roti canai 50 sen walaupun tepung naik harga
Next post Ayam kurang: Peniaga tiada pilihan terpaksa naikkan harga
Ubah saiz-+=