
Melaka benarkan makan dalam kedai, bermula Jumaat ini
AYER KEROH 3 Jun – Semua premis makanan termasuk restoran, kedai makanan dan hotel di negeri ini dibenarkan makan didalam premis berkuatkuasa pada Jumaat ini.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md. Ali berkata, kebenaran itu diputuskan kerajaan negeri pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri, hari ini, yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.
Beliau berkata, walaupun kebenaran makan di dalam (dine in) premis diberikan, namun hidangan secara bufet tidak dibenarkan, selain masa beroperasi terhad sehingga jam 10 malam sahaja.
“Kebenaran ini berkuatkuasa pada 5 Jun (Jumaat) sempena Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.
“Walau bagaimanapun kebenaran yang diberikan masih tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Menurut beliau, susun atur dalam premis juga mesti mematuhi SOP ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja.
“Ini bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan setiap satu meja tidak melebihi empat orang,” katanya.
Sulaiman berkata, kerajaan negeri berharap dengan kebenaran terbaru ini akan dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi negeri, terutama dalam sektor makanan dan minuman.
Views:
Related

Berita Lain
PENGUNJUNG KAGUM SUASANA MALAM DI BANDA HILIR
BANDA HILIR 5 Januari - Rata-rata pengunjung yang hadir memeriahkan Melaka Bila Larut Malam 3.0 menyifatkan penganjuran program itu sangat...
DUA MAUT KERETA DIREMPUH PACUAN EMPAT RODA HILANG KAWALAN LANGGAR KERBAU
TANGKAK 4 Januari - Dua wanita termasuk seorang warga emas maut setelah kereta mereka dilanggar pacuan empat roda yang hilang...
GULA RAHMAH HANYA DIJUAL MENERUSI PROGRAM JUALAN RAHMAH MADANI – FUZIAH
KUANTAN 4 Januari - Penjualan Gula Rahmah yang tidak menerima sebarang insentif kerajaan setakat ini hanya dibenarkan melalui Program Jualan...
KPM TUMPU DUA FOKUS UTAMA PADA SESI PERSEKOLAHAN 2026 – FADHLINA
KUALA LUMPUR 4 Januari - Pelaksanaan kurikulum prasekolah baharu serta pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan, antara dua fokus utama Kementerian Pendidikan...
PPSPM MAHU TERUSKAN CABUTAN BERTUAH CRUISE MADANI, TAWAR HADIAH LEBIH MENARIK
BANDARAYA MELAKA 4 Januari – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) bercadang meneruskan cabutan bertuah Cruise MADANI sempena Tahun...
KETUA MENTERI PUJI KECEKAPAN SUKARELAWAN PARAKOM
BANDA HILIR 4 Januari - Inisiatif Paramedik Komuniti (PARAKOM) terbukti berkesan dalam menyediakan perkhidmatan tindak balas segera melibatkan kes kecemasan...

