
Melaka benarkan makan dalam kedai, bermula Jumaat ini
AYER KEROH 3 Jun – Semua premis makanan termasuk restoran, kedai makanan dan hotel di negeri ini dibenarkan makan didalam premis berkuatkuasa pada Jumaat ini.
Ketua Menteri Datuk Sulaiman Md. Ali berkata, kebenaran itu diputuskan kerajaan negeri pada Mesyuarat Jawatankuasa Khas Covid-19 negeri, hari ini, yang dipengerusikan oleh Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Abdul Ghafar Atan.
Beliau berkata, walaupun kebenaran makan di dalam (dine in) premis diberikan, namun hidangan secara bufet tidak dibenarkan, selain masa beroperasi terhad sehingga jam 10 malam sahaja.
“Kebenaran ini berkuatkuasa pada 5 Jun (Jumaat) sempena Istiadat Angkat Sumpah Yang di-Pertua Negeri Melaka Ke-7.
“Walau bagaimanapun kebenaran yang diberikan masih tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.
Menurut beliau, susun atur dalam premis juga mesti mematuhi SOP ditetapkan dengan jarak dua meter antara meja.
“Ini bagi membolehkan penjarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter dan setiap satu meja tidak melebihi empat orang,” katanya.
Sulaiman berkata, kerajaan negeri berharap dengan kebenaran terbaru ini akan dapat merancakkan semula aktiviti ekonomi negeri, terutama dalam sektor makanan dan minuman.
Views:
Related

Berita Lain
EMPAT SEKELUARGA TERUJA REBUT ‘KEMASUKAN PERCUMA’
BANDA HILIR 1 September - Enggan melepaskan peluang menikmati kemasukan percuma ke produk pelancongan terkemuka, empat sekeluarga sanggup keluar seawal...
CIMIC CIPTA KENANGAN UNTUK KELUARGA, PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK
SERI NEGERI KLEBANG 1 September - Cuaca panas tidak menghalang orang ramai khususnya ibu bapa membawa anak-anak berkunjung ke Karnival...
WRUR TABOH NANING: ‘ACIK ZUL’ TURUN PADANG, SANTUNI 40 KELUARGA
TABOH NANING 1 September - Pendekatan turun padang menerusi Program Ziarah Kasih sempena Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan...
DARI LADANG KE MUZIUM, BAPA KONGSI ILMU PERTANIAN
BEMBAN 1 September - Pengalaman bekerja sebagai kerani ladang dimanfaatkan G Barathitasan, 42, berkongsi pengetahuan mengenai peralatan pertanian lama kepada...
51,871 RAKYAT NIKMATI 14 PRODUK PELANCONGAN PERCUMA MELAKA SEMPENA 31 OGOS
AYER KEROH 1 September - Seramai 51,871 pengunjung mengambil kesempatan menikmati kemasukan percuma ke 14 produk pelancongan di Melaka sempena...
21 BERANAK CIPTA MEMORI HARI KEBANGSAAN DI ZOO MELAKA
AYER KEROH 1 September - Peluang menikmati kemasukan percuma sempena sambutan Hari Kebangsaan dimanfaatkan sebaiknya oleh 21 beranak yang memilih...

